Resdung / Fuziatul Norsyiha Ahmad Shukri

Ahmad Shukri, Fuziatul Norsyiha (2022) Resdung / Fuziatul Norsyiha Ahmad Shukri. e-Buletin JSKM, 8. ISSN 2637-0077
Abstract

PERNAHKAH ketika selesema, anda bukan setakat mengalami hidung tersumbat, bersin dan gatal malah kepala dan muka turut terasa berat selama berhari-hari terutamanya ketika perlu menunduk. 'Kesengsaraan' ini mungkin dirasai dalam masa beberapa hari. Tetapi jika gejala sama berlarutan lebih daripada 10 hari, simptom selesema biasa yang anda sangkakan, mungkin sebenarnya adalah serangan sinusitis atau resdung. Resdung berlaku apabila sinus, iaitu rongga kosong yang terdapat pada tengkorak kepala, tersumbat serta mula dipenuhi lendiran kuning atau kuning kehijauan dan lama kelamaan, mengganggu saluran pernafasan dan menyebabkan kesukaran bernafas. Resdung dalam bidang perubatan dikenali juga sebagai sinusitis atau rhinosinusitis. Ianya merupakan masalah keradangan akut (jangka pendek) pada membran yang melapisi bahagian dalaman hidung dan rongga sinus pada muka. Ini akan menyebabkan mukus yang terhasil tidak dapat dikeluarkan dari hidung dan rongga sinus.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 73490.pdf]
Text
73490.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics