Waspada iklan sewa akaun dan keldai akaun / Ch’ng Pei Eng, Chew Yee Ming and Mohd Haris Ridzuan Ooi Abdullah

Ch’ng, Pei Eng and Chew, Yee Ming and Abdullah, Mohd Haris Ridzuan Ooi (2022) Waspada iklan sewa akaun dan keldai akaun / Ch’ng Pei Eng, Chew Yee Ming and Mohd Haris Ridzuan Ooi Abdullah. e-Buletin JSKM, 8. ISSN 2637-0077

Abstract

Adakah anda akan tertarik hati apabila terlihat suatu iklan yang memberi tawaran pembelian kad ATM bank dengan harga RM1000 sekeping? Ataupun mungkinkah anda akan menerima tawaran sewa akaun bank anda dengan harga RM600-RM800 sebulan? Adakah anda tahu apakah implikasi setelah akaun bank anda dipindah milik kepada pihak ketiga? Adalah dipercayai bahawa ada di kalangan kita akan tertarik hati dengan iklan seperti ini lalu menerima tawaran tersebut. Apatah lagi jika seseorang itu mempunyai akaun bank dengan kad ATM yang berlebihan dan jarang digunapakai lagi. Cuba kita bayangkan jika seseorang itu dapat menyewakan ataupun menjualkan beberapa keping kad ATM banknya sekaligus, pastinya beliau akan mendapat keuntungan lumayan dengan mudah! Ternyatalah pemilik akaun bank ini tidak kisah akaun banknya digunakan untuk tujuan apapun asalkan ianya tidak melibatkan wang sendiri. Kaedah mendapatkan keuntungan wang dengan pantas ini telah mengakibatkan ramai orang awam yang tidak mengenali undang-undang menjualkan akaun bank mereka untuk mendapatkan wang cepat. Kad ATM bersama akaun bank mereka akan diserahkan kepada sindiket penipuan tanpa disedari. Lazimnya, akaun bank tersebut akan digunakan untuk melakukan aktiviti-aktiviti haram, seperti penerimaan rasuah, Macau Scam, penipuan hantaran bungkusan cinta, penipuan jualan atas talian dan sebagainya. Penipuan seperti ini boleh melibatkan pindahan wang masuk dan keluar dalam jumlah yang amat besar sehingga mencecah jutaan ringgit.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ch’ng, Pei Eng
UNSPECIFIED
Chew, Yee Ming
UNSPECIFIED
Abdullah, Mohd Haris Ridzuan Ooi
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Kadar, Rozita
UNSPECIFIED
Chief Editor
Othman, Jamal
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare. Criminology > Criminology > Crimes and offenses > Commercial crimes. Financial crimes
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus
Journal or Publication Title: e-Buletin JSKM
ISSN: 2637-0077
Volume: 8
Keywords: eBuletin JSKM, Jabatan Sains Komputer dan Matematik, UiTM Pulau Pinang
Date: 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/73485
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 73485.pdf] Text
73485.pdf

Download (837kB)

ID Number

73485

Indexing

Statistic

Statistic details