GIS menyokong proses pembuatan keputusan ruangan bagi pemilihan tapak / Zakaria Mat Arof and Khairil Afendy Hashim

Mat Arof, Zakaria and Hashim, Khairil Afendy (2002) GIS menyokong proses pembuatan keputusan ruangan bagi pemilihan tapak / Zakaria Mat Arof and Khairil Afendy Hashim. In: Prosiding Seminar Kebangsaan Sains,Teknologi dan Sains Sosial “Ke Arah Pembangunan Negara”, 27 dan 28 Mei 2002, Hotel Vistana, Kuantan, Pahang.
Abstract

Pembuatan keputusan adalah agenda penting dan setiap yang terhasil ada impaknya. Impak yang positif bererti kesejahteraan dan begitu juga sebaliknya. Manakala pembuatan keputusan melibatkan data-data ruangan adalah lebih komplek kerana data-data yang digunakan bersifat spara tersusun. Kertas kerja ini mempamerkan kemampuan-kemampuan GIS dalam membantu analisis-analisis pembuatan keputusan yang terlibat dengan data-data ruangan untuk digunakan dalam membuat keputusan khususnya bagi menilai kesesuaian tapak cadangan pembangunan. Keperluan-keperluan dalam membuat keputusan dikaji dan diselarikan dengan kemampuan-kemampuan GIS menyokong keperluan-keperluan tersebut. Spesiftkasi dalam sistem ARCVIEW versi 3.1 telah digunakan dalam ilustrasi persembahan merujuk kepada kes analisis kesesuaian tapak cadangan pembangunan bagi lot 2705 Daerah SPS, Seberang Perai P. Pinang. Hasilnya menunjukan terdapat beberapa elemen dalam GIS yang didapati berpotensi untuk digunakan bagi menyokong pengstrukturan data-data ruangan secara lebih bersistem dan mudah digunakan menyokong pemantapan proses pembuatan keputusan yang semakin diperlukan selari dengan perkembangan sosioekonomi negara.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 73481.pdf]
Text
73481.pdf
Download (5MB)
Indexing & Metrics