Lampu isyarat "stop" automatik / Hamidi Che Kob, Sudjo Sugiman dan Sudarman Nordin

Che Kob, Hamidi and Sugiman, Sudjo and Nordin, Sudarman (1999) Lampu isyarat "stop" automatik / Hamidi Che Kob, Sudjo Sugiman dan Sudarman Nordin. [Student Project] (Unpublished)
Abstract

Penggunaan peralatan elektronik, khususnya penderia (sensor) digunakan secara meluas dalam berbagai industri pada masa ini. Sains bahan merupakan asas penting kepada setiap jurutera, ahli sains dan berbagai golongan lagi. Peralatan-peralatan merupakan mata atau telinga kepada berbagai-bagai teknologi. Tanpa penderia dan gabungan sistem memproses isyarat ianya akan kurang sempurna atau dalam kata lain ianya bukan peralatan moden. Pembangunan sistem elektronik ini adalah melibatkan penggunaan penderia dan motor elektrik (dinamo) atau dalam erti kata lain menggabungkan kedua-dua sistem, iaitu sistem mekanikal dan sistem elektrikal. Pemilihan dinamo adalah kerana ianya merupakan alatan ringkas yang sesuai untuk menghasilkan tenaga elektrik disamping kos, saiz dan kesesuaiannya. Penderia pula merupakan salah satu komponen yang penting dalam sistem ini dimana ianya berfungsi untuk mengesan kadar perubahan cahaya samada terang, gelap atau kurang gelap. Kebolehkesanan yang pantas atau tindakbalas yang cekap dan pantas terhadap perubahan terhadap sesuatu gerakan membolehkan penghasilan output secara automatik berlaku dengan cepat.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 73424.pdf]
Text
73424.pdf
Download (138kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Koleksi Akses Terhad | PTAR Utama | Shah Alam
Item Status
On Shelf
Indexing & Metrics