Masalah dan cabaran ibu bapa dalam pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas / Kamarulzaman Kamaruddin

Kamaruddin, Kamarulzaman (2002) Masalah dan cabaran ibu bapa dalam pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas / Kamarulzaman Kamaruddin. In: Prosiding Seminar Kebangsaan Sains,Teknologi dan Sains Sosial “Ke Arah Pembangunan Negara”, 27 dan 28 Mei 2002, Hotel Vistana, Kuantan, Pahang.

Abstract

Institusi keluarga memain peranan penting dalam perkembangan pendidikan kanak-kanak cacat memandangkan dunia sosial mereka sangatlah terhad. Ibu bapa sebagai individu yang paling signifikan dalam keluarga memikul tanggungjawab yang besar terutama dalam perkembangan pendidikan anak-anak yang kurang bernasib baik ini. Justeru itu, perhubungan antara ibu bapa dengan anak memainkan peranan penting kerana ianya akan memberi implikasi yang besar bukan sahaja terhadap corak kehidupan bahkan perkembangan pendidikan anak-anak ini. Kertas seminar ini membentangkan kajian yang dibuat ke atas 264 orang ibu bapa yang mempunyai anak yang cacat di negeri Perak. Kajian ini mendapati seramai 72 peratus ibu bapa daripada sampel kajian mengalami gangguan emosi yang perlu kepada pertolongan/psikoterapi. Kajian ini juga mendapati seramai 61.1% daripada sampel kajian mengalami komuniaksi keluarga yang kurang memuaskan. Ini menggambarkan gangguan emosi ibu bapa mempunyai hubungan dengan komunikasi yang kurang memuaskan dalam keluarga mereka. Adalah diharapkan daripada dapatan awal ini, yang amat tentatif sifatnya dapat dijadikan asas untuk pihak-pihak tertentu menyegerakan penyediaan program-program yang boleh meningkatkan pengurusan dan kemahiran keibubapaan seperti Intervensi Awalan (Early Intervention), Kaunseling Keluarga (Family counselling), program belajar berpasangan (partnership) dan Program latihan Keibubapaan (Parent Training Programme) di institusi-institusi pendidikan khas.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Kamaruddin, Kamarulzaman
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > The family. Marriage. Home > Parents. Parenthood. Including parent and child, husbands, fathers, wives, mothers
H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > Children. Child development
L Education > LB Theory and practice of education > Early childhood education > Parent participation
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Journal or Publication Title: Prosiding Seminar Kebangsaan Sains,Teknologi dan Sains Sosial Jilid 1
Event Title: Prosiding Seminar Kebangsaan Sains,Teknologi dan Sains Sosial “Ke Arah Pembangunan Negara”
Event Dates: 27 dan 28 Mei 2002
Page Range: pp. 307-313
Keywords: Ibu bapa, pendidikan khas, anak
Date: 2002
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/73423
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 73423.pdf] Text
73423.pdf

Download (3MB)

ID Number

73423

Indexing

Statistic

Statistic details