Kemerosotan kualiti sumberjaya di kawasan tanah tinggi Cameron, Pahang / Mazdi Marzuki and Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah

Marzuki, Mazdi and Che Ngah, Mohamad Suhaily Yusri (2002) Kemerosotan kualiti sumberjaya di kawasan tanah tinggi Cameron, Pahang / Mazdi Marzuki and Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah. In: Prosiding Seminar Kebangsaan Sains,Teknologi dan Sains Sosial “Ke Arah Pembangunan Negara”, 27 dan 28 Mei 2002, Hotel Vistana, Kuantan, Pahang.

Abstract

Manusia banyak bergantung kepada kewujudan sumber yang berada di persekitaran terutama untuk menjana proses pembangunan. Keperluan ini telah wujud sejak dahulu lagi dengan memanfaatkan pemberian alam untuk keperluan asas sehingga kepada penjanaan sumber ekonomi melalui kegiatan penternakan dan pertanian. Kesan daripada kehendak pembangunan sosio-ekonomi telah meletakkan sumber dan pembangunan dalam satu kitaran yang tidak seimbang iaitu sumber diperlukan untuk pembangunan dan kehendak pembangunan memusnahkan sumber. Kitaran ini semakin parah dan sukar dibendung terutama di kawasan tanah tinggi. Kertas ini bertujuan membincangkan kemerosptan dan kemusnahan kuantiti dan kualiti sumber yang terdapat di Tanah Tinggi Cameron ekoran penerokaan tanah untuk kegiatan pertanian hawa sederhana, pembinaan hartanah dan infrastruktur secara keterlaluan. Ia secara langsung telah menganggu ciri-ciri keseimbangan geomorfologi dan ekosistem tanah tinggi yang begitu sensitif dalam konteks pembangunan. Sumber air juga turut menerima kesan pencemaran kelodak dan pemendapan yang mencetekkan sungai. Kawasan hutan semakin berkurangan kesan daripada penerokaan tanah secara haram. Senario begini telah memusnahkan keindahan dan keunikan kawasan Tanah Tinggi Cameron yang begitu dibanggakan dalam industri pelancongan negara pada satu ketika dahulu.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Marzuki, Mazdi
UNSPECIFIED
Che Ngah, Mohamad Suhaily Yusri
UNSPECIFIED
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences > Environmental conditions. Environmental quality. Environmental indicators. Environmental degradation
G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences > Environmental conditions. Environmental quality. Environmental indicators. Environmental degradation > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Journal or Publication Title: Prosiding Seminar Kebangsaan Sains,Teknologi dan Sains Sosial Jilid 1
Event Title: Prosiding Seminar Kebangsaan Sains,Teknologi dan Sains Sosial “Ke Arah Pembangunan Negara”
Event Dates: 27 dan 28 Mei 2002
Page Range: pp. 295-300
Keywords: Kemerosotan kualiti, sumberjaya, kawasan tanah tinggi
Date: 2002
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/73421
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 73421.pdf] Text
73421.pdf

Download (3MB)

ID Number

73421

Indexing

Statistic

Statistic details