Motivasi, strategi dan gaya pembelajaran di dalam peningkatan pencapaian pelajar Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) matematik Universiti Pendidikan Sultan Idris / Noor Shah Saad and Rohaidah Masri

Saad, Noor Shah and Masri, Rohaidah (2002) Motivasi, strategi dan gaya pembelajaran di dalam peningkatan pencapaian pelajar Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) matematik Universiti Pendidikan Sultan Idris / Noor Shah Saad and Rohaidah Masri. In: Prosiding Seminar Kebangsaan Sains,Teknologi dan Sains Sosial “Ke Arah Pembangunan Negara”, 27 dan 28 Mei 2002, Hotel Vistana, Kuantan, Pahang.

Abstract

Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk meninjau persepsi pelajar-pelajar Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) Ambilan Mei 1999 yang sedang mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Dengan Pendidikan (Matematik) Universiti Pendidikan Sultan Idris terhadap motivasi, strategi dan gaya pembelajaran di dalam peningkatan pencapaian mereka semasa di universiti. Data kajian diperolehi melalui soal selidik yang diedarkan kepada pelajar-pelajar PKPG yang sedang berada di semester lima di UPSI. Seramai 126 orang pelajar telah memberi respond kepada soal selidik. Data yang dikumpulkan dianalisis dengan menggunakan statistik kekerapan, peratusan dan min.Kajian ini mendapati bahawa pelajar-pelajar PKPG Ambilan Mei 1999 ini secara keseluruhannya mempunyai motivasi dalaman, motivasi daripada keluarga dan motivasi daripada rakan sebaya untuk mencapaikan kejayaan adalah tinggi tetapi motivasi daripada pensyarah supaya mereka berjaya adalah sederhana. Dari aspek persepsi mereka dalam penggunaan strategi dan gaya pembelajaran semasa di universiti adalah tinggi dalam usaha mereka untuk memahami bahan-bahan kuliah dan mendisplinkan diri semasa belajar tetapi dari aspek usaha mereka untuk memahami kuliah semasa pengajaran pensyarah, mengukuhkan kefahaman serta dalam menyiapkan diri menghadapi peperiksaan akhir adalah sederhana.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Saad, Noor Shah
UNSPECIFIED
Masri, Rohaidah
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Performance. Competence. Academic achievement
L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education
L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Journal or Publication Title: Prosiding Seminar Kebangsaan Sains,Teknologi dan Sains Sosial Jilid 1
Event Title: Prosiding Seminar Kebangsaan Sains,Teknologi dan Sains Sosial “Ke Arah Pembangunan Negara”
Event Dates: 27 dan 28 Mei 2002
Page Range: pp. 259-270
Keywords: Pelajar Universiti, Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG), Peningkatan pencapaian
Date: 2002
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/73402
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 73402.pdf] Text
73402.pdf

Download (5MB)

ID Number

73402

Indexing

Statistic

Statistic details