Penerapan konsep sains, teknologi dan masyarakat dalam pendidikan teknik dan vokasional / Mohd Yusop Ab Hadi

Ab Hadi, Mohd Yusop (2002) Penerapan konsep sains, teknologi dan masyarakat dalam pendidikan teknik dan vokasional / Mohd Yusop Ab Hadi. In: Prosiding Seminar Kebangsaan Sains,Teknologi dan Sains Sosial “Ke Arah Pembangunan Negara”, 27 dan 28 Mei 2002, Hotel Vistana, Kuantan, Pahang.
Abstract

Objektif Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia menekankan kepada penguasaan pelajar terhadap pendidikan asas dalam bidang sains dan teknologi serta pengetahuan asas dan kemahiran bagi memenuhi keperluan sektor perdagangan, industri dan pertanian. Kedua-dua objektif ini lebih berteraskan kepada aspek sains dan teknologi. Walaupun Pendidikan Teknik dan Vokasional lebih berorientasikan ilmu sains dan ilmu teknologi, pulangan daripada mempelajari ilmu ini akan menjadi lebih bermanfaat kepada manusia dan dunia sejagat sekiranya pengajaran disertakan dengan ilmu kemasyarakatan. Kombinasi pengajaran ketiga-tiga aspek ini dikenali sebagai subjek Sains, Teknologi dan Masyarakat atau 'Science, Technology and Society' (STS). Di Malaysia subjek STS belum diajar secara formal Mengikut Holman (1988) aspek utama memperkenalkan subjek STS ialah menyediakan pelajar dengan dengan kemahiran membuat pertimbangan wajar menyelesaikan isu-isu yang dihadapi oleh masyarakat, dengan mengambilkira ilmu sains, teknologi dan masyarakat. Biarpun bukan subjek khusus, pendidikan STS boleh dilaksanakan secara selari semasa mengajar subjek-subjek pendidikan Teknik dan Vokasional. Kertas kerja ini memberikan contoh aktiviti pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Teknik dan Vokasional yang mengandungi konsep subjek STS.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 73359.pdf]
Text
73359.pdf
Download (3MB)
Indexing & Metrics