Tutorial dalam talian: dari perspektif pelajar / Nor Hapiza Mohd Ariffin, Norlaila Juddin and Zaharah Hamzah

Mohd Ariffin, Nor Hapiza and Juddin, Norlaila and Hamzah, Zaharah (2002) Tutorial dalam talian: dari perspektif pelajar / Nor Hapiza Mohd Ariffin, Norlaila Juddin and Zaharah Hamzah. In: Prosiding Seminar Kebangsaan Sains,Teknologi dan Sains Sosial “Ke Arah Pembangunan Negara”, 27 dan 28 Mei 2002, Hotel Vistana, Kuantan, Pahang.
Abstract

Kewujudan Internet membawa suatu inovasi kepada gaya pengajaran dan pembelajaran (P&P). Kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh Internet menyebabkan maklumat boleh dicapai oleh pelajar tanpa mengira di mana mereka berada dan pada bila-bila masa sahaja. Seperti pembaharuan pembaharuan yang baru diperkenalkan, pelbagai reaksi mengenai kaedah tersebut diterima. Kajian ini dilakukan untuk menilai sikap dan pandangan pelajar terhadap penggunaan tutorial dalam talian bagi matapelajaran matematik. Persepsi pelajar terhadap kaedah pengajaran ini perlu diketahui agar pihak pihak yang berkaitan seperti ahli akademik dan institusi pendidikan dapat mengambil langkah-Iangkah yang sewajarnya untuk merangka suatu pendekatan pengajaran yang bersesuaian. Sampel kajian terdiri daripada pelajar-pelajar Fakulti Kejuruteraan, UiTM Shah Alam yang mengambil kursus matematik MAT191/192 (Pembezaan dan Pengamiran). Soalselidik digunakan sebagai alat pengumpulan data dan data dianalisis menggunakan perisian statistik. Implikasi kajian ini kepada pihak pentadbiran, tenaga pengajar dan pelajar turut dibincangkan. Beberapa cadangan untuk kajian akan datang turut dikemukakan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 73323.pdf]
Text
73323.pdf
Download (3MB)
Indexing & Metrics