Pelajar wanita di institusi pengajian tinggi awam dan swasta lebih ramai daripada lelaki: masalah dan kesan kepada penggunaan sumber tenaga manusia / Mohd Salleh Lebar

Lebar, Mohd Salleh (2002) Pelajar wanita di institusi pengajian tinggi awam dan swasta lebih ramai daripada lelaki: masalah dan kesan kepada penggunaan sumber tenaga manusia / Mohd Salleh Lebar. In: Prosiding Seminar Kebangsaan Sains,Teknologi dan Sains Sosial “Ke Arah Pembangunan Negara”, 27 dan 28 Mei 2002, Hotel Vistana, Kuantan, Pahang.
Abstract

Senario kelebihan pelajar wanita dari pelajar lelaki di pusat pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA dan IPTS) sering diperkatakan oleh pihak masyarakat pada masa kini. Pelbagai kajian dan kelohan daripada pihak-pihak tertentu telah dikeluarkan namun ia masih lagi berterusan dan kadang-kadang membimbangkan. Benarkah kelebihan yang berlaku disebabkan oleh dasar pihak Kementerian Pendidikan yang dari awal-awal lagi telah memilih daripada pelajar yang terbaik dan cemerlang dalam bidang akademik sahaja yang diterima masuk ke IPTA atau ada faktor-faktor lain di sebaliknya? Sebenarnya untuk menjawab persoalan ini adalah agak sukar kerana tingkah laku pelajar dan keadaan persekitaran juga mempengaruhi sikap dan minat seseorang pelajar untuk meneruskan pengajian yang lebih tinggi. Dalam hal ini fokus kita bukan sahaja ingin mengetahui sebab-sebab senario itu berlakunya tetapi juga terhadap kesan penggunaan sumber tenaga manusia.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 73258.pdf]
Text
73258.pdf
Download (3MB)
Indexing & Metrics