Penjagaan gigi, mulut & pemakanan : anak keperluan khas / Nur Hana Hamzaid, Ilham Wan Mokhtar and Nor Faezah Bohari

Hamzaid, Nur Hana and Wan Mokhtar, Ilham and Bohari, Nor Faezah Penjagaan gigi, mulut & pemakanan : anak keperluan khas / Nur Hana Hamzaid, Ilham Wan Mokhtar and Nor Faezah Bohari. UiTM Press, UiTM Shah Alam. ISBN N 978-967-363-832-1

Abstract

KANAK-KANAK keperluan khas didefinisikan sebagai anak yang mempunyai keadaan perkembangan fizikal, emosi atau tingkah laku yang terjejas. Oleh yang demikian, mereka memerlukan penjagaan kesihatan yang lebih spesifik dan teliti berbanding anak-anak lain yang sebaya. Kesihatan mulut yang baik merupakan komponen penting dalam memanifestasikan kesihatan tubuh badan secara menyeluruh. Bagi kebanyakan kanak-kanak yang mengalami masalah perkembangan, senyuman mereka mungkin merupakan cara yang paling berkesan untuk berinteraksi dengan dunia. Kebanyakan ibu bapa dan kanak-kanak keperluan khas menghadapi cabaran dalam menjaga kebersihan mulut secara optimum kerana keterbatasan pergerakan motor, deria, dan intelektual. Kanak-kanak ini sering dilaporkan mempunyai status kebersihan mulut kurang baik, kerosakan gigi tidak dirawat, dan kekurangan bilangan gigi. Masalah ini boleh disebabkan amalan pemakanan dan ubatan tinggi gula. Perhatian dan penjagaan gigi, gusi dan mulut yang lebih terperinci dan sistematik oleh ibu bapa/ penjaga sejak di peringkat awal lagi adalah sangat penting terutamanya bagi kumpulan kanak-kanak ini. Di samping itu, pemakanan sihat dan seimbang juga amat perlu dalam memastikan status kesihatan gigi dan mulut optimum.

Metadata

Item Type: Book
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Hamzaid, Nur Hana
UNSPECIFIED
Wan Mokhtar, Ilham
UNSPECIFIED
Bohari, Nor Faezah
UNSPECIFIED
Subjects: R Medicine > RA Public aspects of medicine > Public health. Hygiene. Preventive Medicine
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Penerbit UiTM (UiTM Press)
Related URLs:
Keywords: anak keperluan khas, penjagaan gigi, mulut
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/73082
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 73082.pdf] Text
73082.pdf

Download (1MB)

ID Number

73082

Indexing

Statistic

Statistic details