Rekreasi mendaki gunung di Semenanjung Malaysia / Abdullah Mohamad Said and Mohd Asrul Hassin.

Mohamad Said, Abdullah and Hassin., Mohd Asrul Rekreasi mendaki gunung di Semenanjung Malaysia / Abdullah Mohamad Said and Mohd Asrul Hassin. UiTM Press, UiTM Shah Alam. ISBN 978-967-363-831-4

Abstract

Kawasan pergunungan di Semenanjung Malaysia menawarkan suasana yang sesuai untuk aktiviti mendaki gunung. Keindahan alam semula jadi, laluan yang tersedia ada, kemudahsampaian ke lokasi pendakian serta kepelbagaian ciri-ciri gunung yang memberi banyak pilihan kepada pendaki menjadikan kawasan pergunungan ini mempunyai potensi besar untuk aktiviti rekreasi mendaki gunung. Selain itu, peningkatan kesedaran terhadap kepentingan penjagaan kesihatan, pertambahan minat terhadap aktiviti rekreasi luar, peningkatan dari segi keupayaan ekonomi dan waktu senggang yang mencukupi menggalakkan masyarakat berekreasi, termasuklah mendaki gunung. Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa aktiviti mendaki gunung merupakan aktiviti rekreasi luar yang semakin digemari di Semenanjung Malaysia. Namun begitu, tidak banyak penulisan ilmiah dihasilkan mengenai perkara ini. Jika ada pun penulisan mengenai pendakian gunung, penulisan berkenaan ditulis secara santai bagi tujuan berkongsi pengalaman melalui media sosial seperti blog, facebook, twitter dan instagram. Buku ini ditulis dengan tujuan mengisi kekurangan penulisan ilmiah mengenai aktiviti mendaki gunung serta memberi maklumat yang lebih lengkap dan lebih tepat mengenai gunung yang menjadi tumpuan pendaki. Buku ini terdiri daripada sembilan bab. Bab 1 memberikan latar belakang buku ini. Oleh kerana aktiviti mendaki gunung dianggap sebagai aktiviti rekreasi, Bab 2 menghuraikan maksud rekreasi dan konsep-konsep lain yang berkaitan dengan rekreasi iaitu senggang, sukan, pelancongan serta membincangkan maksud hiking, trekking, mendaki gunung dan istilah-istilah lain yang berkaitan dengan aktiviti mendaki gunung. Bab 3 memberi maklumat latar belakang hutan dan gunung di Semenanjung Malaysia. Bab ini membincangkan mengenai ciri-ciri hutan di Semenanjung Malaysia yang merangkumi aspek tumbuh tumbuhan dan haiwan yang terdapat di dalamnya. Bab ini juga mumuatkan perbincangan secara ringkas mengenai kisah dan peristiwa yang pernah berlaku atau yang dikaitkan dengan gunung-gunung dan laluan pendakian gunung tertentu. Bab 4 buku ini menumpukan kepada hal-hal yang berkaitan dengan penganjuran aktiviti mendaki gunung. Secara umum, bab ini menyentuh perkara-perkara yang berkaitan dengan dasar, undang-undang, peraturan dan tanggungjawab pelbagai pihak yang terlibat dengan aktiviti mendaki gunung.

Metadata

Item Type: Book
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohamad Said, Abdullah
UNSPECIFIED
Hassin., Mohd Asrul
UNSPECIFIED
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General) > Travel. Voyages and travels (General) > Mountain tourism
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Penerbit UiTM (UiTM Press)
Related URLs:
Keywords: mendaki, gunung, semenanjung Malaysia
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/73063
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 73063.pdf] Text
73063.pdf

Download (770kB)

ID Number

73063

Indexing

Statistic

Statistic details