COVID-19 : #Kita Jaga Kita: pengurusan kebajikan & keselamatan pelajar UiTM / Azizan Abdullah, Ismail Sualman and Zuraeda Ibrahim

Abdullah, Azizan and Sualman, Ismail and Ibrahim, Zuraeda COVID-19 : #Kita Jaga Kita: pengurusan kebajikan & keselamatan pelajar UiTM / Azizan Abdullah, Ismail Sualman and Zuraeda Ibrahim. UiTM Press, UiTM Shah Alam. ISBN 978-967-363-791-1

Abstract

Malaysia seperti juga negara-negara lain berhadapan dengan pandemik COVID-19. Ini bermakna kita perlu kekal berada di rumah dan mengamalkan penjarakan fizikal serta menjaga kebersihan badan. Ketika ini, kita berhadapan dengan "new normal" atau kebiasaan baharu, akibat wabak COVID-19. Kita masih lagi tidak boleh melakukan perkara normal seperti biasa dan terbatas untuk bersiar-siar atau membeli -belah. Apa yang kita lalui sekarang perlu menjadi kelaziman dan amalan buat masa kini dan akan datang. Pelbagai prosedur asas masih perlu dipatuhi sehingga berakhirnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau wabak COVID-19 dapat dibendung. Sebenarnya, seluruh dunia mengharap agar hidup kita akan kembali normal seperti sebelumnya. Apa yang dimaksudkan dengan normal ialah keadaan yang wujud sebelum PKP. Namun, salah satu ubat dan pencegahan yang mujarab buat masa ini adalah hanya duduk di rumah untuk memutuskan rantaian COVID-19 agar tidak terus merebak. Berdasarkan kenyataan pakar menjangkakan kehidupan "tidak normal" akan berterusan untuk jangka masa yang panjang, mungkin sehingga penghujung tahun 2020. Ini kerana penawar wabak yang telah meragut ribuan nyawa seluruh dunia masih belum ditemui. Jika sebelum ini kita tidak terfikir untuk menempah bahan mentah sehingga ikan kembong pun dibeli secara dalam talian. Ini tidak termasuk tugas hakiki yang selalunya dibuat di pejabat, tetapi kini dilakukan di rumah menggunakan perantara Internet. Begitu juga guru sekolah rendah yang memberi rugasan melalui WhatsApp. Guru sekolah menengah dan pusat pengajian tinggi menggunakan Google Meet, Zoom, Skype, Cisco Webex Meetings dan lainnya. Beberapa peperiksaan penting ditiadakan, malah jadual peperiksaan sekolah menengah seperti SPM dan STPM ditangguhkan sehingga tahun hadapan. Semua Institut Pengajian Tinggi (IPT) juga menukar kaedah pengajaran kepada pembelajaran jarakjauh (ODL). Fenomena normal baharu yang wujud akibat daripada wabak COVID-19. Kita masih lagi berjaga-jaga dan bersiap siaga dengan sebarang kemungkinan yang tidak dijangka.

Metadata

Item Type: Book
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abdullah, Azizan
UNSPECIFIED
Sualman, Ismail
UNSPECIFIED
Ibrahim, Zuraeda
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Student affairs services. Student personnel administration
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Penerbit UiTM (UiTM Press)
Related URLs:
Keywords: COVID 19, pengurusan, pelajar UiTM
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/73010
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 73010.pdf] Text
73010.pdf

Download (1MB)

ID Number

73010

Indexing

Statistic

Statistic details