Mahkamah syariah di Malaysia : menelusuri cabaran melestari hadapan / Mohamed Azam Mohamed Adil, Ahmad Hidayat Buang and Ahmad Badri Abdullah

Mohamed Adil, Mohamed Azam and Buang, Ahmad Hidayat and Abdullah, Ahmad Badri Mahkamah syariah di Malaysia : menelusuri cabaran melestari hadapan / Mohamed Azam Mohamed Adil, Ahmad Hidayat Buang and Ahmad Badri Abdullah. UiTM Press, UiTM Shah Alam. ISBN 978-967-363-559-7

Abstract

Institusi Mahkamah Syariah merupakan sebuah entiti penting dalam masyarakat Islam khususnya di Malaysia. Hal ini kerana, sejak dari awal penubuhannya, institusi ini telah memainkan peranan besar dalam menguruskan dan menangani hal ehwal perundangan Islam serta menguruskan konflik dan isu yang timbul dalam masyarakat Muslim secara amnya. Evolusi yang telah berlaku dalam kehidupan masyarakat Malaysia dari aspek politik dan sosio-ekonominya kini mencetuskan momentum agar institusi Mahkamah Syariah turut mengorak langkah ke arah perubahan yang lebih positif dan dinamik. Sejak dari fasa awal penubuhannya, institusi ini telah mengalami pelbagai perubahan dan penambahbaikan yang mengukuhkan peranan dan bidang kuasanya. Pada awalnya institusi kehakiman syariah terdiri daripada Mahkamah Kadi Besar dan Mahkamah Kadi sehinggalah pada era 1980-an entiti Mahkamah Syariah dipisahkan daripada Jabatan Agama Islam. Kemudiannya pada era 1990-an kedudukan Mahkamah Syariah telah dipertingkatkan melalui penstrukturan semula hierarki Mahkamah Syariah kepada tiga komponen penting iaitu Mahkamah Rendah syariah, Mahkamah Tinggi syariah dan Mahkamah Rayuan syariah. Perubahan yang lebih signifikan dalam institusi kehakiman syariah di negara ini boleh dikatakan bermula dengan tertubuhnya Jabatan Kehakiman syariah Malaysia (JKSM) pada tahun 1998 yang berperanan antara lain memperkemaskan mekanisme pentadbiran Mahkamah Syariah serta menyelesaikan isu ketidakseragaman keputusan Mahkamah Syariah akibat perbezaan yang wujud antara Enakmen Pentadbiran Islam negeri-negeri.

Metadata

Item Type: Book
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohamed Adil, Mohamed Azam
UNSPECIFIED
Buang, Ahmad Hidayat
UNSPECIFIED
Abdullah, Ahmad Badri
UNSPECIFIED
Subjects: K Law > KBP Islamic law. Sharī'ah. Fiqh > Domestic relations (Islamic law). Family law > Marriage (Islamic law). Nikāḥ. Zawāj. نكاح. زواج
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Penerbit UiTM (UiTM Press)
Related URLs:
Keywords: Mahkamah, syariah, Malaysia
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/72924
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 72924.pdf] Text
72924.pdf

Download (739kB)

ID Number

72924

Indexing

Statistic

Statistic details