Dialog kehidupan spektrum komuniti cina muslim / Azarudin Awang

Awang, Azarudin Dialog kehidupan spektrum komuniti cina muslim / Azarudin Awang. UiTM Press, UiTM Shah Alam. ISBN 978-967-363-796-6

Abstract

Kemelut hubungan yang tegang kadang kala berpanjangan hingga tiada penyudahnya dalam komuniti yang melakukan pemelukan agama Islam berpunca daripada perbezaan yang timbul dalam agama. Demikianlah keadaannya, permasalahan hubungan antara agama yang berlaku dalam komuniti Cina yang memeluk agama Islam di negeri Terengganu. Meskipun, kajian ini menumpukan ke atas komuniti Cina di negeri Terengganu, hasil dapatan menunjukkan komuniti ini mempunyai ciri-ciri yang membezakannya dengan komuniti Cina di negeri lain. Keakraban jalinan hubungan sosial yang telah berlaku antara komuniti Cina dan Melayu di negeri ini dicerminkan melalui akulturasi budaya Melayu yang boleh dilihat dalam aspek bahasa, makanan, pakaian dan tempattinggal. Ini menunjukkan jalinan dialog kehidupan telah sedia berlaku dalam kehidupan komuniti Cina di negeri Terengganu. Karya ini merupakan sebahagian daripada tesis PhD penulis. Kajian yang telah dilakukan ini telah dianugerahkan sebagai tesis PhD yang terbaik di Universiti Malaya pada tahun 2015. Namun begitu, buku ini hanya melihat faktor-faktor keterlibatan dan cabaran yang dihadapi oleh masyarakat Cina Muslim dalam dialog kehidupan pada sebelum pemelukan agama Islam. Dalam menerbitkan buku ini, penulis mengambil peluang melahirkan rasa terima kasih kepada Prof. Madya Dr Khadijah Mohd Khambali @ Hambali atas penyeliaannya terhadap kajian yang dijalankan. Penulis juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada DatinNorhanaNg Abdullah atas bantuannya dalam menyiapkan kajian ini.

Metadata

Item Type: Book
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Awang, Azarudin
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Muslim converts
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Penerbit UiTM (UiTM Press)
Related URLs:
Keywords: dialog, komuniti, cina
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/72894
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 72894.pdf] Text
72894.pdf

Download (634kB)

ID Number

72894

Indexing

Statistic

Statistic details