Jubli perak JMTi / Melati Desa and Rosmawati Abu Bakar

Desa, Melati and Abu Bakar, Rosmawati (2023) Jubli perak JMTi / Melati Desa and Rosmawati Abu Bakar. e-Lingua. ISSN 2600-7134

Abstract

Penubuhan JMTi Institut Teknikal Jepun – Malaysia (Bahasa Inggeris: Japan Malaysia Technical Institute, JMTi) adalah sebuah institut yang telah ditubuhkan dengan kerjasama teknikal antara kerajaan Malaysia dan kerajaan Jepun. Idea penubuhannya telah dicadangkan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri pada tahun 1994. JMTi secara rasminya telah ditubuhkan pada tahun 1998 dan diletakkan di bawah pentadbiran Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia (KSM). JMTi ditubuhkan bertujuan untuk melahirkan tenaga kerja yang berketerampilan dan berpengetahuan dengan menyediakan latihan kemahiran di peringkat tinggi dalam bidang teknologi termaju sejajar dengan keperluan teknologi semasa dalam sektor perindustrian. Kampus JMTi terletak di Taman Perindustrian Bukit Minyak, Seberang Perai dan menawarkan kursus latihan peringkat sijil, diploma dan diploma lanjutan dalam bidang teknologi kejuruteraan. Berikut disertakan sejarah penubuhan JMTi secara ringkas. JULAI 1993: Cadangan membina JMTi oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) Jabatan Perdana Menteri. APRIL 1994: Seramai empat orang dari Kumpulan ‘Japanese Basic Survey Team on JMTi Project’ telah melawat Malaysia. OGOS 1994: Perdana Menteri Jepun melawat Malaysia. Salah satu daripada agendanya ialah untuk membincangkan tentang penubuhan JMTi. FEBRUARI 1995: Dua orang pakar sumber manusia dari Jepun iaitu En. Shoji Shiga dan En. Hideyo Shimazu telah dihantar ke Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk mengkaji keperluan penubuhan JMTi. SEPTEMBER 1995: Lawatan ke Malaysia oleh ‘Japanese Preliminary Survey Mission Team’ yang terdiri daripada sembilan anggota dan diketuai oleh En. Shioji. JUN 1996: Tujuh anggota daripada ‘Japanese Specialist Survey Mission Team’ yang diketuai oleh En.Masaharu Tanaka telah melawat Malaysia untuk kali yang kedua. SEPTEMBER 1997: ‘Japanese Implementation Study Team’ yang diketuai oleh En. Moriaki Nagae, melawat Malaysia. Lawatan itu disusuli dengan majlis menandatangani ‘Record of Discussion (ROD) on Japanese Technical Cooperation on JMTi Project’.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Desa, Melati
UNSPECIFIED
Abu Bakar, Rosmawati
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Aboo Bakar, Rofiza
UNSPECIFIED
Chief Editor
Razali, Wan Noorli
UNSPECIFIED
Subjects: A General Works > Academies and learned societies (General)
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus > Academy of Language Studies
Journal or Publication Title: e-Lingua
ISSN: 2600-7134
Keywords: e-Lingua, Academy of Language Studies, UiTM Pulau Pinang, Japan Malaysia Technical Institute
Date: January 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/72823
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 72823.pdf] Text
72823.pdf

Download (373kB)

ID Number

72823

Indexing

Statistic

Statistic details