Mendepani pandemik COVID-19: bukti empirikal daripada hasil penyelidikan / Yarina Ahmad ... [et al.]

Ahmad, Yarina and Suratman, Mohd Nazip and Hassim, Aminuddin and Md. Amir, Mohamad Azhan and Abd Latif, Zulkiflee (2021) Mendepani pandemik COVID-19: bukti empirikal daripada hasil penyelidikan / Yarina Ahmad ... [et al.]. UiTM Press, Shah Alam, Selangor. ISBN 9789673637454

Abstract

Buku ini merupakan kompilasi hasil dapatan Kajian Impak Kempen Pembudayaan Norma Baharu yang telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama di antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Perdana Menteri (JPM). Matlamat utama penerbitan buku penyelidikan ini adalah bertujuan untuk berkongsi dan menyebar luas hasil dapatan kajian yang diperoleh kepada semua pihak termasuklah pembuat keputusan, pembuat dan pelaksana dasar, sektor korporat dan badan bukan kerajaan, pemimpin komuniti serta masyarakat setempat. Umum mengetahui, penyakit Coronavirus atau lebih sinonim sebagai COVID-19 yang telah diisytiharkan sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 12 Mac 2020 telah menggegarkan seluruh pelosok dunia dengan keseriusannya terutama sekali dari sudut kebolehjangkitan yang mudah dan cepat merebak dalam jangka masa yang singkat, serta boleh membawa kepada kematian terutama sekali dalam kalangan individu yang berisiko tinggi seperti warga emas, kanak-kanak, wanita hamil, pesakit yang mempunyai penyakit kronik dan mempunyai sistem ketahanan badan yang rendah. Semenjak pengisytiharan pandemik COVID-19 oleh WHO, Malaysia telah mengambil tindakan drastik dengan melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP, PKP Bersyarat, PKP Diperketatkan, PKP Pemulihan), memperketatkan kawalan sempadan negara, pemberian insentif dan bantuan kepada rakyat, penambahbaikan proses ujian saringan COVID-19, penempatan kuarantin dan pesakit COVID-19, serta pembangunan Prosedur Operasi Standard (SOP) dan penambahbaikan SOP dari semasa ke semasa. Kesemua inisiatif yang diambil oleh negara sangat memberi manfaat kepada setiap lapisan rakyat Malaysia dalam mendepani pandemik COVID-19. Keprihatinan negara ditonjolkan lagi apabila Kempen Pembudayaan Norma Baharu dilancarkan pada 8 Ogos 2020 yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran rakyat tentang kepentingan dalam mencegahjangkitan dan penularan pandemik COVID-19 melalui amalan norma baharu yang telah terbukti kesahihannya melalui saranan penuh oleh WHO.

Metadata

Item Type: Book
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ahmad, Yarina
UNSPECIFIED
Suratman, Mohd Nazip
UNSPECIFIED
Hassim, Aminuddin
UNSPECIFIED
Md. Amir, Mohamad Azhan
UNSPECIFIED
Abd Latif, Zulkiflee
UNSPECIFIED
Subjects: R Medicine > RA Public aspects of medicine > Public health. Hygiene. Preventive Medicine
R Medicine > RA Public aspects of medicine > Communicable diseases and public health
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Penerbit UiTM (UiTM Press)
Related URLs:
Keywords: Pandemik, COVID-19, empirikal
Date: 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/72802
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 72802.pdf] Text
72802.pdf

Download (1MB)

ID Number

72802

Indexing

Statistic

Statistic details