Kajian masalah sistem laluan sikal: kes kajian laluan sikal Lebuhraya Persekutuan Kuala Lumpur - Klang / Aminuddin Zakaria

Zakaria, Aminuddin (1996) Kajian masalah sistem laluan sikal: kes kajian laluan sikal Lebuhraya Persekutuan Kuala Lumpur - Klang / Aminuddin Zakaria. [Research Reports] (Unpublished)
Abstract

Pembangunan dan perhubungan adalah dua perkara yang saling bergantung antara satu sama lain. Pada sesetengah pendapat mengatakan sistem perhubungan adalah yang pertama sebelum sesuatu pembangunan dapat dijalankan. Namun begitu tanpa pembangunan maka bagaimana mahu mengujudkan sistem perhubungan begitulah sukarnya untuk memperkatakan tentang kedua-dua perkara tersebut. Walau bagaimanapun kedua-dua perkara ini memang nyata saling berkait antara satu sama lain. Oleh yang demikian dalam konteks pengkajian yang dijalankan pendapat yang pertama adalah lebih menepati kehendak kajian. Sistem perhubungan yang mantap adalah sistem yang menyediakan kemudahan, keselesaan dan keselamatan yang baik bagi memenuhi keperluan pengguna. Bagi menyediakan keperluan baik ini pihak-pihak yang dipertanggung jawabkan perlu melilbatkan diri secara total dan bersungguh-sungguh. Memandangkan sistem laluan sikal merupakan sistem yang belum diperkenalkan secara menyeluruh khususnya di Malaysia namun penyediaannya di laluan utama Lebuhraya Persekutuan merupakan satu model terbaik untuk pengkajian tentang keberkesananya sebelum memperluaskan sistem ini keseluruh negara.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 72796.pdf]
Text
72796.pdf
Download (137kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Koleksi Akses Terhad | PTAR Utama | Shah Alam
Item Status
On Shelf
Indexing & Metrics