Kajian imej pusat bandar Seksyen 52, Petaling Jaya / Syazlina Bahari

Bahari, Syazlina (1996) Kajian imej pusat bandar Seksyen 52, Petaling Jaya / Syazlina Bahari. [Research Reports] (Unpublished)
Abstract

Keperluan ke arah mencari satu imej dan identiti bagi sesebuah bandar merupakan aspek yang penting. Namun begitu usaha untuk memberikan imej bagi setiap bandar adalah rumit dan sukar untuk dilaksanakan. Imej bandar lazimnya dikaitkan dengan keadaan fizikal dan aktiviti yang terdapat di dalamnya. Interaksi diantara manusia dengan persekitaran juga turut mempengaruhi aktiviti di bandar tersebut. Integrasi di antara elemen-elemen di dalam persekitaran bandar dan manusia akan menjadi iebih kuat lagi apabila perkaitan dan hubung kait antaranya menjadi kukuh. Keunggulan dan kejelasan sesebuah bandar itu menggambarkan elemen-elemen yang wujud di bandar tersebut dalam keadaan yang tersusun, mempunyai nilai-nilai estetik yang tinggi di samping aktiviti manusia yang responsif. Walaubagaimanapun, pembangunan di zaman sains dan teknologi ini serba sedikit telah mengabaikan identitinya yang unggul dan tersendiri. Dengan itu, sebahagian Pusat Bandar Seksyen 52, Petaling Jaya ini tidak terlepas dari menghadapi masalah penonjolan imej yang kuat. Oleh itu kajian ini ingin melihat imej yang terdapat di sebahagian pusat bandar untuk dikaji dan dipertingkatkan dengan usaha-usaha dari pelbagai aspek yang dikenalpasti.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 72793.pdf]
Text
72793.pdf
Download (142kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Koleksi Akses Terhad | PTAR Utama | Shah Alam
Item Status
On Shelf
Indexing & Metrics