Kesesuaian piawaian kemudahan sekolah yang digunakan sebagai asas perancangan di Bandar Shah Alam: kes kajian sekolah rendah dan menengah di utara Shah Alam / Norwati Mohd Yunus

Mohd Yunus, Norwati (1996) Kesesuaian piawaian kemudahan sekolah yang digunakan sebagai asas perancangan di Bandar Shah Alam: kes kajian sekolah rendah dan menengah di utara Shah Alam / Norwati Mohd Yunus. [Research Reports] (Unpublished)
Abstract

Kajian ini bertajuk 'Kesesuaian Piawaian Kemudahan Sekolah Yang Digunakan Sebagai Asas Perancangan Di Bandar Shah Alam' yang dijalankan berdasarkan kepada isu dan masalah yang timbul di kawasan kajian. Kedudukan kawasan kajian adalah di bahagian utara Shah Alam. la adalah sebahagian kawasan Shah Alam yang lengkap dengan berbagai aktiviti seperti perumahan, kemudahan awam, perdagangan dan perindustrian. Kajian yang dijalankan memberi tumpuan kepada kemudahan sekolah di dalam kawasan kajian oleh Majlis Perbandaran Shah Alam dan Jabatan Pendidikan sebagai pihak yang bertanggungjawab untuk merancang dan membangunkan sekolah. Hasil dari analisa kajian ini beberapa penemuan terutamanya dari segi rekabentuk fizikal dan alam sekitar sekolah tidak mempunyai gabungan yang mampat bagi mewujudkan sesebuah sekolah itu dengan berkesan. Berdasarkan kepada penemuan ini, peringkat cadangan kajian akan mengemukakan langkah positif untuk mempertingkatkan lagi keberkesanan sekolah di kawasan utara Shah Alam.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 72792.pdf]
Text
72792.pdf
Download (113kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Koleksi Akses Terhad | PTAR Utama | Shah Alam
Item Status
On Shelf
Indexing & Metrics