Implikasi pembangunan perindustrian ke atas Tanjong Malim dan penduduknya / Abdul Razak Abdul Rahman

Abdul Rahman, Abdul Razak (1996) Implikasi pembangunan perindustrian ke atas Tanjong Malim dan penduduknya / Abdul Razak Abdul Rahman. [Research Reports] (Unpublished)
Abstract

Pembangunan ekonomi di sebilangan negara-negara maju adalah berasaskan kepada perindustrian. Perkembangan sektor ini diyakini dapat memajukan perkembangan ekonomi sesuatu kawasan dari segi peranannya dalam penyerapan gunatenaga, keluaran hasil, pendapatan dan peningkatan taraf hidup. Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti apakah implikasi pembangunan perindustrian yang dibangunkan terhadap penduduk di sesuatu kawasan tersebut khasnya terhadap peningkatan taraf hidup. Selain daripada itu, persoalan yang diutarakan di dalam kajian ini ialah mengenai apakah kriteria yang diperlukan bagi sesuatu kawasan tersebut di dalam pembangunan kawasan perindustrian yang dibangunkan. Bagi menjayakan kajian ini, ianya mengambilkira peranan dan persediaan yang dimainkan oleh pihak-pihak yang terbabit di dalam menjayakan perancangan dan pembangunan kawasan perindustrian tersebut seperti Pihak Berkuasa Tempatan dan Negeri, pihak swasta serta penduduk setempat. Berdasarkan daripada perkara ini, kajian ini diimplementasikan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 72790.pdf]
Text
72790.pdf
Download (221kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Koleksi Akses Terhad | PTAR Utama | Shah Alam
Item Status
On Shelf
Indexing & Metrics