Seni silat membentuk akhlak muda-mudi kini / Hamzah Kamiju

Kamiju, Hamzah (1991) Seni silat membentuk akhlak muda-mudi kini / Hamzah Kamiju. [Research Reports] (Unpublished)
Abstract

Teisi ini adalah mengenai seni silat warisan bangsa Melayu yang wujud bertahun-tahun dulu. Keseniannya yang bukan sahaja dapat mempertahankan diri seseorang dari serangan musuh tetapi juga dapat membentuk akhlak penuntutpenuntutnya, khususnya golongan muda-mudi. Golongan mudamudi ini merupakan orang yang bakal memimpin negara. Tetapi sekarang golongan ini pula yang paling banyak menimbulkan masalah kepada negara. Masalah-masalah ini bertambah rumit dari masa ke semasa. Untuk menyelesaikan masalah ini, salah satu caranya ialah dengan menggunakan seni silat. la adalah disebabkan ciri-ciri yang terdapat didalam seni silat itu sesuai untuk dijadikan penawar pada masalah-masalah itu. Dalam usaha untuk membentuk akhlak muda-mudi ini beberapa masalah lain telah timbul. Masalah-masalah ini adalah berpunca daripada beberapa sebab yang boleh diatasi jika beberapa perkara penting diambil perhatian oleh semua masyarakat Melayu dan juga pihak-pihak yang berkenaan. Walaupun begitu seni silat tetap menjadi kesenian bangsa Melayu yang dapat membentuk akhlak muda-mudi.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 72773.pdf]
Text
72773.pdf
Download (161kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Koleksi Akses Terhad | PTAR Utama | Shah Alam
Item Status
On Shelf
Indexing & Metrics