Jabatan Fizik & Sains Bahan santuni komuniti Kampung Seri Pilah / Siti Nafisah Md Rashid and Allina Nadzri

Md Rashid, Siti Nafisah and Nadzri, Allina (2022) Jabatan Fizik & Sains Bahan santuni komuniti Kampung Seri Pilah / Siti Nafisah Md Rashid and Allina Nadzri. Buletin ICAN: 6. pp. 10-11. ISSN 2811-3802
Abstract

Jabatan Fizik dan Sains Bahan (JFSB), UiTM Cawangan Negeri Sembilan (UiTMCNS) dengan kerjasama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Seri Pilah telah menganjurkan satu program Tanggungjawab Sosial Universiti (USR) yang dinamakan Kotak Infaq Ramadhan 2022. Program ini telah dijalankan secara one-off, bermula dari 18 April 2022 dan berakhir pada 27 April 2022 yang melibatkan komuniti di Kampung Seri Pilah iaitu sebanyak 25 keluarga asnaf dan 3 orang anak yatim. Idea penganjuran program ini tercetus hasil daripada perbincangan di antara wakil JFSB dengan wakil komuniti di Kampung Seri Pilah iaitu En. Zawir dan En. Muhamad bin Abdullah selaku Pengerusi MPKK Seri Pilah, untuk membantu meringankan beban keluarga asnaf yang terdapat di Kampung Seri Pilah, yang kebanyakannya terkesan dengan pandemik Covid-19. Program ini juga selari dengan hasrat jabatan untuk bersama- sama UiTM dalam meningkatkan ketampakan universiti melalui aktiviti kemasyarakatan bersama komuniti setempat.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 72770.pdf]
Text
72770.pdf
Download (5MB)
Indexing & Metrics