Program UiTM@Citra Lorong Seni Seremban (UiTM & MBS @ CLAS) / Sharina Salmi Azmi … [et al.]

Azmi, Sharina Salmi and Saleh, Noor Shahariah and Hassan, Fatin Aliyah and Nik Mat, Nik Mahfuzah (2022) Program UiTM@Citra Lorong Seni Seremban (UiTM & MBS @ CLAS) / Sharina Salmi Azmi … [et al.]. Bulletin. UiTM Cawangan Negeri Sembilan.
Abstract

Tanggal 11 September 2022 bersamaan hari Ahad, buat julung kalinya telah berlangsung Majlis Perasmian Program UiTM & MBS @ Lorong Seni Seremban (UiTM & MBS @ CLAS). Program ini adalah kerjasama di antara Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni (PJIM &A) UiTM Cawangan Negeri Sembilan dan Unit Pelancongan Majlis Bandaraya Seremban (MBS). Lorong Seni Seremban merupakan salah satu inisiatif tarikan pelancong yang diusahakan oleh Majlis Bandaraya Seremban (MBS) bagi membangkitkan minat dan keterujaan pengunjung apabila menyusuri lorong serta bangunan – bangunan lama sekitar bandar Seremban. UiTM Cawangan Negeri Sembilan selaku university awam terbesar di Negeri Sembilan melihat kerjasama ini sebagai satu usaha yang positif dan membawa kebaikan kepada banyak pihak. Di samping itu, pihak universiti ingin mengambil peluang ini membantu pihak Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dengan menjadikan program ini satu platform bagi mempromosikan Lorong Seni dan UiTM Cawangan Negeri Sembilan secara amnya.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 71790.pdf]
Text
71790.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics