APB dan Komuniti: Dari sekolah ke sekolah / Rodhiah Amzah ... [et al.]

Amzah, Rodhiah and Nik Mat, Nik Mahfuzah and Haji Mohammmad Yusuf, Asmahanim and Mohd Mokhtar, Norashikin and Mohd Nor Rizan, Mohd Ikram (2022) APB dan Komuniti: Dari sekolah ke sekolah / Rodhiah Amzah ... [et al.]. Bulletin. UiTM Cawangan Negeri Sembilan.
Abstract

Akademi Pengajian Bahasa UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban tidak asing lagi dengan penganjuran program-program dan aktiviti bertemakan komuniti. Setelah dua (2) tahun berlalu angkara covid 19, pihak APB Kampus Seremban telah kembali aktif di dalam memberikan segala keringat dan sumbangan terhadap Universiti dan juga komuniti setempat. Sebuah program dengan kerjasama Gabungan Persatuan Melayu Semenanjung (GPMS) Cawangan Khas UiTM Negeri Sembilan Kampus Seremban dan juga SMK Senawang iaitu “Program Perkampungan Ilmu” telah diadakan dengan jayanya pada 2 September 2022 hingga 4 September 2022. Program ini melibatkan 89 pelajar calon SPM 2023 dari SMK Senawang, guru-guru bagi subjek SPM, 9 orang pensyarah APB dan juga 15 fasilitator daripada GPMS Kampus Seremban. Para peserta program telah bermalam di kolej penginapan Mayang Selida dan segala aktiviti telah diadakan di Dewan Toh Puan Sungai Ujong (TPSU) 2 dan juga Dewan Annexe.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 71778.pdf]
Text
71778.pdf
Download (260kB)
Indexing & Metrics