Menulis dari hati dan biar sampai ke hati / Norfazlika Abd Karim

Abd Karim, Norfazlika (2022) Menulis dari hati dan biar sampai ke hati / Norfazlika Abd Karim. Bulletin. UiTM Cawangan Negeri Sembilan.

Abstract

10 Mac 2022 merupakan tarikh keramat yang tidak mungkin dapat dilupakan oleh kesemua penulis Anugerah Kualiti Rektor Antara Bahagian (AKRAB), Akademi Pengajian Bahasa (APB) UiTM Cawangan Negeri Sembilan (UiTMCNS) Kampus Kuala Pilah. Ini kerana, pada tarikh tersebut telah berlangsungnya Majlis Kemuncak Inovasi 2021 dan APB UiTMCNS Kampus Kuala Pilah telah dinobatkan Juara Keseluruhan AKRAB 2021 setelah berjaya memenangi sekurang-kurangnya 6 anugerah yang telah dipertandingkan iaitu:
1. Anugerah Pemenang Tempat Pertama Fakulti/Jabatan
2. Anugerah Pemenang Bidang Tujahan Jaringan Alumni, Komuniti dan Kesukarelawan
3. Anugerah Pemenang Kriteria Kepimpinan Fakulti/Jabatan
4. Anugerah Pemenang Kriteria Perancangan Strategik Fakulti/Jabatan
5. Anugerah Pemenang Kriteria Tumpuan Pelanggan Fakulti/Jabatan
6. Anugerah Pemenang Kriteria Hasil Fakulti/Jabatan
Apa yang lebih mengharukan adalah kejayaan ini merupakan bukti kebangkitan semula kesemua penulis AKRAB APB UiTMCNS Kampus Kuala Pilah setelah melalui episod kegagalan memenangi sebarang anugerah di majlis yang sama pada tahun lalu. Namun, kejayaan ini tidak seharusnya diraikan oleh para penulis AKRAB APB UiTMCNS Kampus Kuala Pilah sahaja. Di sebalik pencapaian yang amat memberangsangkan ini, terdapat tenaga kerja APB UiTMCNS Kampus Kuala Pilah yang menjadi tulang
belakang dan pelaksana bagi setiap projek/aktiviti yang telah dirancang sepanjang tahun 2021. Setiap projek/aktiviti yang telah direncanakan tidak mampu untuk bergerak sendiri tanpa sokongan padu daripada seluruh tenaga kerja APB UiTMCNS Kampus Kuala Pilah. Keberhasilan bidang tumpuan utama
yang telah ditetapkan bagi tahun 2021 adalah sukar untuk dicapai jika hanya dijalankan oleh beberapa
orang individu sahaja. Justeru, kejayaan APB UiTMCNS Kampus Kuala Pilah dalam mencapai keberhasilan bidang tumpuan utamanya adalah hasil daripada kesejajaran usaha serta pemantauan yang berterusan, yang kemudiannya telah didokumentasikan di dalam laporan AKRAB 2021.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abd Karim, Norfazlika
UNSPECIFIED
Subjects: A General Works > AP Periodicals
B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > Motivation
B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > Affection. Feeling. Emotion
P Language and Literature > PN Literature (General)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus
Journal or Publication Title: Bulletin APB Edisi 9
ISSN: 2682-7948
Keywords: AKRAB, APB, UiTMCNS,
Date: 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/71681
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 71681.pdf] Text
71681.pdf

Download (380kB)

ID Number

71681

Indexing

Statistic

Statistic details