Cadangan kerangka etika dan akhlak di dalam penghasilan video tular di Malaysia / Mohd Hanif Mohd Omar, Ariff Imran Anuar Yatim dan Azahar Harun

Mohd Omar, Mohd Hanif and Anuar Yatim, Ariff Imran and Harun, Azahar (2022) Cadangan kerangka etika dan akhlak di dalam penghasilan video tular di Malaysia / Mohd Hanif Mohd Omar, Ariff Imran Anuar Yatim dan Azahar Harun. International Journal of Art and Design (IJAD), 6 (2). pp. 90-105. ISSN 2710-5776 (Submitted)

Abstract

Cetusan maklumat di media sosial merupakan norma yang telah menjadi keperluan kepada semua sektor termasuk ke kawasan luar bandar. Konsep ketularan merupakan salah satu teori media yang telah diperkenalkan dan didefinisikan sebagai satu kaedah yang tidak menyatakan tujuan komersial sesuatu aktiviti pengiklanan secara terang-terangan, sebaliknya menggalakkan kandungan disebarkan kepada pengguna-pengguna lain secara meluas. Konsep ini dilihat semakin relevan dengan meluasnya penyebaran video internet sejak beberapa tahun yang lepas. Ini memberikan kesan yang besar kepada pelbagai perusahaan perniagaan dan mempengaruhi mereka untuk bertukar dari kaedah pengiklanan tradisional kepada kaedah pengiklanan melalui media sosial yang melibatkan penggunaan video secara atas talian. Bagi mencapai sasaran jualan yang tinggi dan meningkatkan keinginan para pelanggan kepada produk, pencipta-pencipta kandungan cenderung untuk bersikap lebih terbuka dalam menghasilkan kandungan yang dapat menarik perhatian pelanggan dan mendapat perkongsian yang banyak. Ini memungkinkan penyebaran kandungan yang tidak beretika terus berleluasa disebab kesan globalisasi dan di lihat akan memberi impak besar kepada ketamadunan masyarakat. Kajian ini menggunakan analisis data deskriptif berdasarkan sorotan literatur daripada pelbagai artikel yang telah yang telah melalui proses semakan untuk menentukan data yang diterbitkan, termasuk semakan kepada manuskrip asal oleh pakar bidang yang memfokuskan pada video tular yang melibatkan produk Muslim PKS dan komponen berkaitannya dengan bertujuan untuk menggambarkan dan meringkas kejadian dan fenomena yang berlaku. Hasil daripada dapatan kajian mencadangkan agar kerangka etika dan akhlak diaplikasikan di dalam penghasilan video tular di Malaysia dengan pengharapan dapat memperbaiki penguatkuasaan undang-undang dan memberikan penambahbaikan kepada program, amalan dan polisi yang sedia ada.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Omar, Mohd Hanif
hanifomar@uitm.edu.my
Anuar Yatim, Ariff Imran
ariffimran@uitm.edu.my
Harun, Azahar
azahar581@uitm.edu.my
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology
B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > Perception
B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > Personality
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Art and Design
Journal or Publication Title: International Journal of Art and Design (IJAD)
ISSN: 2710-5776
Volume: 6
Number: 2
Page Range: pp. 90-105
Keywords: Video tular; Pemasaran tular; Pengiklanan; Media social; Etika
Date: 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/71263
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 71263.pdf] Text
71263.pdf

Download (524kB)

ID Number

71263

Indexing

Statistic

Statistic details