Kajian menaiktaraf kawasan rekreasi Hutan Lipur Sekayu, Hulu Terengganu, Terengganu / Amirul Azwan Aziz

Aziz, Amirul Azwan (2003) Kajian menaiktaraf kawasan rekreasi Hutan Lipur Sekayu, Hulu Terengganu, Terengganu / Amirul Azwan Aziz. [Research Reports] (Unpublished)

Abstract

Kajian ini merupakan satu kajian yang bertujuan untuk menaiktaraf kawasan rekreasi inisamada dari segi penyediaan kemudahan awam, sokongan serta kemudahan rekreasiyang terdapat Di Hutan Lipur Sekayu, Hulu Terengganu kerana mengetahui akanperancangan yang telah dilakukan pada 20 tahun yang lepas tanpa sebarangperancangan yang baru sedikit sebanyak telah mewujudkan kesan negatif samada dariaspek penyediaan elemen kemudahan dan juga keadaan fizikal kawasan rekreasi ini.Kajian ini juga bertujuan untuk mempertingkatkan keberkesanan kawasan rekreasi inikepada pengunjung kawasan rekreasi kerana menyedari akan potensi kawasan rekreasi ini sebagai sebuah kawasan rekreasi yang menjadi tumpuan pengunjung samada dari dalam dan juga dari luar Negeri Terengganu. Kawasan rekreasi ini merupakan sebuahkawasan rekreasi berkonsepkan 'eco-tourism' yang telah diwartakan sebagai Kawasan hutan lipur oleh Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu. Bagi melaksanakan kajian ini,terdapat dua kaedah yang akan digunakan iaitu kaedah pengamatan yang dijalankan keatas kawasan kajian dan juga kaedah soal selidik yang dilakukan ke atas pengunjung kawasan rekreasi ini yang merangkumi hari biasa dan juga hari cuti am. Bagi menjalankan soal selidik pengunjung ini, seramai 102 orang pengunjung telah dipiiih secara rawak untuk mendapatkan pandangan, komen serta cadangan berkaitan untuk menaiktaraf kawasan kajian ini. Manakala kaedah pengamatan yang dijalankan akan meniiai keadaan fizikal kawasan kajian, keadaan kemudahan dan juga akan menilaiaspek kebersihan dan keselamatan di kawasan rekreasi ini. Hasil daripada pengamatan dan soal selidik pengunjung ini, penemuan terhadap isu, masalah dan potensi Kawasan kajian yang berdasarkan pandangan pengunjung serta keadaan fizikal akan dianalisi suntuk sebarang pambaikan atau sebarang cadangan baru yang akan dijalankan didalam kawasan rekreasi ini. Cadangan-cadangan yang dikemukan akan mengambil kira pandangan dan cadangan yang diutarakan oleh pengunjung selain turut mengambil kira aspek fizikal kawasan kajian yang berkonsepkan alam sekitar. Oleh itu sebarang cadangan yang akan dikemukan untuk menaiktaraf kawasan kajian ini akan dikajiterlebih dahulu supaya pambangunan yang dijalankan akan mendatangkan kesan yangpaling minima ke atas alam sekitar. Oleh yang demikian, kajian ini akan mengemukakan cadangan yang bernas dan bersesuaian bagi mengatasi masalah yang wujud dikawasan rekreasi ini. Cadangan yang akan diutarakan ini adalah bertujuan untukmenaiktaraf kawasan rekreasi ini samada dari segi penyediaan elemen kemudahan danjuga aspek pengurusan dari pihak yang bertanggungjawab terhadap kawasan rekreasi ini.

Metadata

Item Type: Research Reports
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Aziz, Amirul Azwan
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Wan Ibrahim, Wan Salleh (Prof. Madya. Dr.)
UNSPECIFIED
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General) > Travel. Voyages and travels (General) > Travel and state. Tourism
G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation. Leisure
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Keywords: Hutan Rekreasi, Terengganu, Menaiktaraf, eco-tourism
Date: 2003
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/71120
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 71120.PDF] Text
71120.PDF

Download (15kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

71120

Indexing

Statistic

Statistic details