Penyediaan perabut jalan di pusat tumpuan kajian kes: Pasar Budaya dan Lebuh Pudu / Suraya Dahlan

Dahlan, Suraya (1997) Penyediaan perabut jalan di pusat tumpuan kajian kes: Pasar Budaya dan Lebuh Pudu / Suraya Dahlan. [Student Project] (Unpublished)
Abstract

Di dalam keadaan negara yang pesat membangun menuju Wawasan 2020, serta ke era teknologi bermaklumat, pelbagai kemajuan dan peningkatan yang telah dicapai. lni dapat dilihat terutamanya dari aspek perkhidmatan dan kemudahan berteknologi tinggi dan canggih yang telah disediakan bagi kemudahan masyarakat. Namun begitu di dalam keghairahan memperbaiki dan meningkatkan mutu kemudahan dan perkhidmatan awam terdapat beberapa aspek yang penting telah diabaikan. Walaupun aspek-aspek ini dianggap remeh dan kecil, tetapi ianya memberi kesan yang mendalam dan berguna kepada masyarakat, sebagai contoh aspek keselamatan orang ramai. Kajian yang dibuat lebih tertumpu pada aspek keselesaan masyarakat didalam mengunakan perkhidmatan-perkhidmatan awam. Kesesakan lalulintas kerapkali menjadi tajuk perbualan masyarakat, tetapi yang ingin diketengahkan adalah salah satu elemen yang berkaitan dengan lalulintas, iaitu perabut jalan. Kajian yang lebih terperinci telah dibuat di kawasan yang diketahui pusat tumpuan orang ramai iaitu di Pasar Budaya dan Lebuh Pudu. Dari kajian secara teoritikal dan pengamatan dapat disimpulkan bahawa penyediaan kemudahan perabut jalan telah diabaikan dan kurang berfungsi. Diharapkan dengan kajian ini dapat membuka mata dan menarik perhatian pihak-pihak tertentu. Beberapa cadangan juga dikemukakan bagi mengatasi dan menangani kekurangan yang ada.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 71003.pdf]
Text
71003.pdf
Download (98kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Koleksi Akses Terhad | PTAR Utama | Shah Alam
Item Status
On Shelf
Indexing & Metrics