Tempat tinggal adalah merupakan tempat perlindungan utama manusia semenjak ia wujud dan telah berkembang mengikut zaman serta alam sekelilingnya. Begitulah juga adalah masyarakat melayu tempat tinggal telah berkembang melalui tahap-tahap pencapaiannya dalam kehidupan. Maka kewujudan senibina timbul bersama-sama kewujudan tempat tinggal. Senibina adalah satu cabang kebudayaan yang menunjukkan lambing identiti sesuatu bangsa, masyarakat dan negara. Konsep Kebudayaan Kebangsaan Malaysia berteraskan kebudayaan rakyat rantau ini, menerima unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar dan unsur panting dalam pembentukan kebudayaan. Pembaharuan tidaklah boleh dilakukan dengan sewenang-sewenangnya. Kongres Kebudayaan Kebangsaan (1971) merumuskan senibina Malaysia berteraskan keaslian khasnya senibina rumah-rumah dan telah mencapai mutu yang tinggi mengandungi unsur-unsur halus yang tertentu dan telah terpengaruh dengan idea asing.
| Item Type: | Student Project |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Yahya, Aida Hairani 90105505 |
| Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Ali, Jahani UNSPECIFIED |
| Subjects: | N Fine Arts > NA Architecture |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Art and Design |
| Programme: | Diploma Seni Lukis Dan Seni Reka |
| Keywords: | Pengaruh senibina, Malaysia, unsur-unsur Belanda |
| Date: | 1994 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/70983 |
70983.pdf
Digital Copy
Physical Location
- Koleksi Akses Terhad | PTAR Utama | Shah Alam
