Penghasilan kad nama dalam reka bentuknya di Malaysia / Tuan Suryanti Tuan Mansor

Tuan Mansor, Tuan Suryanti (1997) Penghasilan kad nama dalam reka bentuknya di Malaysia / Tuan Suryanti Tuan Mansor. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Abstract

Secara khususnya, penulisan tesis ini bertujuan bagi mengkaji penghasilan reka bentuk-reka bentuk kad nama dan juga bertujuan untuk mendekatkan masyarakat umum kepada reka bentuk-reka bentuk kad nama di negara kita, Malaysia. Di masa ini, masyarakat agak sukar untuk menerima keharian beberapa reka bentuk-reka bentuk kad nama yang begitu pesat sekarang. Di samping itu juga saya akan memperbincangkan mengenai reka bentuk-reka bentuk kad nama semasa dari reka bentuk yang berbentuk satu permukaan kepada dua permukaan. Reka bentuk lipatan juga popular sebagai bahan promosi dan sebagainya. Selain dari itu, tujuan saya mengkaji pengeluaran melalui proses cetak di samping mengkaji mutu reka bentuk kad nama dalam penilaiannya bagi meletakkan harga sesebuah kad nama yang tertentu. la juga bertujuan bagi saya melihat memperkenalkan beberapa teknik yang selalu digunakan pada kad nama di samping mengenal kesesuaian kertas untuk dicetak. Di dalam kajian ini segala persoalan akan dihuraikan dengan lebih jelas dan terperinci untuk mendapatkan jawapan yang tepat mengenai "Penghasilan Kad Nama Dalam Reka Bentuknya Di Malaysia" pada masa kini.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 70973.pdf]
Text
70973.pdf
Download (262kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Koleksi Akses Terhad | PTAR Utama | Shah Alam
Item Status
On Shelf
Indexing & Metrics