Tarinai: tradisi yang hampir dilupakan / Fadzil Ishak

Ishak, Fadzil (1995) Tarinai: tradisi yang hampir dilupakan / Fadzil Ishak. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Negeri Perlis, begitu popular dengan Tarian Canggungnya dan tidak hairanlah mengapa ianya begitu dikenali. Tetapi disebalik kepopularitian canggung tadi, ramai yang tidak sedar bahkan rakyat di Negeri Perlis sendiri bahawa telah wujud satu tarian lain sebelum wujudnya Tarian Canggung Tarian yang dimaksudkan ialah tarian Tarinai. Mengikut sejarah, tarian ini telah wujud sejak zaman pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Al-Marhum Syed Saffi Jamallulail (1897 - 1904) iaitu semasa perkahwinan anakanda Baginda, Tuanku Raja Syed Alwi pada tahun 1900. Akhirnya tarian istana tersebut begitu popular terutama selepas Tuanku Raja Syed Alwi menaiki takhta pada tahun 1904 dan memerintah sehingga tahun 1943. Zaman ini merupakan zaman kegemilangan tarian tersebut kerana hampir seluruh mukim di negeri ini mempunyai pasukan Tarinai masing-masing. Tarinai ini dipersembahkan ketika majlis berinai pengantin perempuan manakala penarinya pula terdiri daripada anak-anak muda belasan tahun. Mereka mempunyai kebolehan yang unik iaitu melayahkan badan ke belakang sambil mengutip wang saguhati yang dihamburkan oleh penonton-penonton. Mereka mengutip wang syiling tersebut hanya menggunakan mulut dan tarian inilah keistimewaan Tarinai ini.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ishak, Fadzil
91123603
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Shaari, Zaliha
UNSPECIFIED
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation. Leisure > Dance > National dances. Folk dances and dancing
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Art and Design
Programme: Diploma Senireka Tekstil
Keywords: Pengaruh tarian, tradisi, majlis berinai
Date: 1995
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/70956
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 70956.pdf] Text
70956.pdf

Download (396kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

70956

Indexing

Statistic

Statistic details