Pemprofilan dan peramalan status asnaf untuk pengagihan zakat yang berkesan di Kelantan menggunakan teknik perlombongan data / Prof Madya Dr. Wan Fairos Wan Yaacob ... [et al.]

Wan Yaacob, Wan Fairos and Md Nasir, Syerina Azlin and Wan Husin, Wan Zakjyatussariroh and Che Fauzi, Ainul Azila and Nafi, Mohd Noor Azam Nafi and Mohamad Sobri, Norafefah (2022) Pemprofilan dan peramalan status asnaf untuk pengagihan zakat yang berkesan di Kelantan menggunakan teknik perlombongan data / Prof Madya Dr. Wan Fairos Wan Yaacob ... [et al.]. [Research Reports] (Submitted)

Abstract

Zakat merupakan rukun islam kedua yang memainkan peranan penting dalam kehidupan umat Islam. Pengurusannya ditadbir oleh badan pengurusan zakat negeri di setiap negeri di Malaysia sebagai contoh di negeri Kelantan badan pengurusan zakat adalah dibawah pengurusan Majlis Agama lslam Kelantan dan Adat lstiadat Melayu Kelantan (MAIK). Bagi memastikan proses pengagihan ini dilaksanakan dengan betul, adalah menjadi satu keperluan agar setiap data penerima dan pemohon ini diurus, disimpan dan dikemaskini dengan cara yang sistematik agar ianya dapat dianalisa dan digunakan bagi membantu pengurusan dalam membuat keputusan. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk memprofil dan menganalisis maklumat pemohon dan penerima zakat. Kajian ini memaparkan pelaporan analisis dan visualisasinya secara
interaktif, membangunkan model peramalan berasaskan algoritma Machine Learning bagi meramal status penerima zakat yang bukan lagi diketagorikan sebagai asnaf dan akhirnya memindahkan pengetahuan analitik data kepada pegawai data dan pentadbir di MAIK. Kajian ini dimulakan dengan memahami ketersediaan data pemohonan dan penerima zakat. Hasilnya, satu set permasalahan yang jelas dikenalpasti bagi
menentukan kajian data dan pemilihan model analitik yang bersesuaian dengan data yang berkaitan untuk pelaksanaan. Tambahan pula, pangkalan data yang berkaitan dengan penerima zakat asnaf juga telah ditambahbaik dengan mengambilkira isu - isu yang boleh menghalang analisis dijalankan dengan baik. Seterusnya, analisis diskriptif yang dilakukan menunjukkan taburan asnaf iaitu penerima bantuan bulanan di seluruh lokasi di negeri Kelantan, penerima bantuan bulanan berdasarkan status kelayakan dan juga jenis bantuan yang diterima mengikut jajahan dan sub-daerah beserta profil dernografik penerima bantuan. Manakala analisa Spatial Mapping pula menunjukkan tiga corak spatial yang berbeza bagi taburan penerima bantuan asnaf di Kelantan yang menggunakan kaedah Pengkelompokan K-Means yang diklasifikasikan sebagai tinggi sederhana dan rendah. Model peramalan status asnaf berdasarkan algoritma Pokok Keputusan menunjukkan pembolehubah penting yang menentukan dua jenis status asnaf iaitu status asnaf dikurangkan dan ditamatkan bantuan. Seterusnya, Papan Pemuka pelaporan analisis dan visualisasi yang memaparkan maklumat interaktif yang menerangkan profil pemohon dan penerima zakat turut berjaya dibangunkan. Hasil
dapatan daripada kajian ini diharapkan dapat membantu pihak MAIK memahami profit penerima zakat bagi asnaf yang layak dengan lebih jelas dan seterusnya proses pengurusan pengagihan zakat akan menjadi lebih cekap dan sistematik. Selain daripada membantu pihak pengurusan MAIK membuat keputusan bijak berdasarkan hasil analisa yang telah dijalankan, hasil kajian ini juga memberi bukti empirikal mengenai
keberkesanan bantuan zakat dalan peningkatan taraf hidup menerima zakat di kalangan asnaf yang kemudiannya mampu keluar dari kepompong kemiskinan. Selain itu, beberapa siri perkongsian ilmu mengenai pangkalan data dan data analitik telah dijalankan bersama pegawai dan kakitangan MAIK. Melalui siri perkongsian tersebut, projek penyelidikan ini Berjaya memberi pensijilan "Data Professional Certification''
daripada RapidMiner kepada pegawai MAIK. Akhimya, projek penyelidikan ini diharap dapat membantu pegawai-pegawai MAIK memperkemaskan pengkalan data MAIK bagi memastikan pengumpulan data yang lebih berkesan dan seterusnya dapat menganalisis data dengan kaedah analitik yang bersesuaian untuk memantapkan lagi pengurusan pengagihan zakat kepada asnaf yang layak.

Metadata

Item Type: Research Reports
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Wan Yaacob, Wan Fairos
UNSPECIFIED
Md Nasir, Syerina Azlin
UNSPECIFIED
Wan Husin, Wan Zakjyatussariroh
UNSPECIFIED
Che Fauzi, Ainul Azila
UNSPECIFIED
Nafi, Mohd Noor Azam Nafi
UNSPECIFIED
Mohamad Sobri, Norafefah
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islam and economics
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Alms (Zakat)
H Social Sciences > HA Statistics > Statistical data
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus
Keywords: Majlis Agama lslam Kelantan dan Adat lstiadat Melayu Kelantan (MAIK), Zakat, asnaf, pengurusan zakat negeri, Data Professional Certification
Date: 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/70856
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 70856.pdf] Text
70856.pdf

Download (1MB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

70856

Indexing

Statistic

Statistic details