Simbol dan pengaruh emas ke atas masyarakat di Malaysia / Khalid Daud

Daud, Khalid (1994) Simbol dan pengaruh emas ke atas masyarakat di Malaysia / Khalid Daud. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Secara umumnya, tesis ini dibuat adalah untuk meningkatkan lagi ilmu pengetahuan dengan lebih mendalam di dalam bidang pengajian atau kursus yang diikuti. la juga berfungsi sebagai syarat untuk melengkapkan pengajian akhir di dalam kursus Diploma Senilukis dan Senireka. Penulisan tesis saya ini adalah berkaitan dengan penggunaan logam emas ke atas masyarakat di Malaysia. Tajuk yang akan saya bincangkan berbunyi " SIMBOL & PENGARUH EMAS KE ATAS MASYARAKAT DI MALAYSIA ". Di mana ruanglingkup yang hendak saya karangkan merangkumi penggunaan bahan logam emas sebagai simbol kepada masyarakat di Malaysia seperti simbol kekayaan, simbol kekuasaan, simbol kecantikan, simbol kasih sayang dan sebagainya. la juga mempersoalkan tentang sejauh manakah pengaruh emas memainkan peranan ke atas masyarakat Malaysia. Logam emas telah 'menguasai' dan 'meresapi' ke dalam jiwa manusia secara mendalam. Ini menunjukkan betapa bernilainya logam emas kepada manusia. la seolah-olah mempunyai satu kekuasaan yang luarbiasa (supernatural) kepada manusia. Logam emas juga telah mempengaruhi masyarakat di Malaysia sebagai jenama atau 'brand' kepada papan tanda (sign board) kedai-kedai, syarikat-syarikat dan juga penggunaan di dalam iklan-iklan yang dipaparkan menerusi akhbar-akhbar harian, majalah-majalah dan juga melalui media-elektronik iaitu radio dan televisyen. Pinjaman perkataan 'emas' adalah untuk menyakinkan para pelanggan tentang barangan yang dipasarkan atau perkhidmatan yang diberikan kepada para pengguna sebagaimana bernilainya logam emas itu sendiri. Penilaian jenama atau 'brand' kepada penggunaan papan tanda kedai, syarikat dan iklan adalah penting kerana faktor-faktor ini memainkan peranan utama untuk mempengaruhi masyarakat moden pada hari ini.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Daud, Khalid
89723033
Subjects: H Social Sciences > HG Finance > Money
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Art and Design
Programme: Diploma Senilogam Halus
Keywords: Emas, bahan logam, simbol kekayaan, simbol kekuasaan, simbol kecantikan
Date: 1994
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/70789
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 70789.pdf] Text
70789.pdf

Download (1MB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

70789

Indexing

Statistic

Statistic details