Kajian perancangan industri desa di Kampung Rantau Panjang Klang terhadap pembangunan ekonomi dan sosial / Siti Shafizah Pit

Pit, Siti Shafizah (2001) Kajian perancangan industri desa di Kampung Rantau Panjang Klang terhadap pembangunan ekonomi dan sosial / Siti Shafizah Pit. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Kajian akhir ini adalah bertujuan mengkaji perancangan industri desa terhadap pembangunan sosial dan ekonomi. Beberapa pendekatan dan kaedah yang sesuai digunakan untuk kajian ini, memandangkan perusahaan ini semakin maju dan berkembang. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti isu dan masalah yang wujud di kawasan kajian. Kajian yang terperinci juga dijalankan terhadap perancangan fizikal, pengusaha dan pekerja. Kajian terhadap pengenalpastian isu dan masalah ini adalah bertujuan untuk dijadikan penduan didalam penyediaan cadangan yang baik bagi mengatasi masalah sedia ada dan perancangan yang teratur untuk masa hadapan. Industri desa adalah salah satu aktiviti yang dijalankan di luar bandar bagi membantu perkembangan ekonomi dan sosial di kawasan kajian. Kebanyakan industri desa adalah industri warisan keluarga. Dalam menjalankan perusahaan ini di kawasan luar bandar secara tidak langsung dapat mengubah taraf ekonomi penduduk setempat iaitu dengan peningkatan pendapatan para pengusaha dan masyarakat sekeliling. Secara tidak langsung juga dapat mengurangkan masalah sosial daripada berlaku iaitu pengurangan kadar pengangguran. Dalam menjalankan kajian ini terdapat beberapa masalah timbul yang boleh membantutkan aktiviti pemasaran dan kualiti sesuatu produk. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan di kawasan kajian menggunakan teknologi lama menyebabkan kuantiti produk yang dihasilkan oleh pengusaha adalah rendah. Beberapa cadangan telah dibuat bagi membantu menaikkan industri desa ini ke pasaran global. Antara cadangan adalah dari segi modal, pasaran, teknologi, peranan pihak tertentu dan lain-lain. Dengan cadangan tersebut diharap dapat meningkatkan perusahaan industri desa ini seiring dengan industri maju sedia ada

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Pit, Siti Shafizah
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Hamdan, Hazlina
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Industry > Rural industries
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Programme: Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah
Keywords: Industri desa, pembangunan sosial dan ekonomi, taraf ekonomi
Date: 2001
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/70773
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 70773.pdf] Text
70773.pdf

Download (221kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

70773

Indexing

Statistic

Statistic details