Kajian rancangan penempatan semula setinggan di Taman Petaling Utama, Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan / Norisah Man

Man, Norisah (2002) Kajian rancangan penempatan semula setinggan di Taman Petaling Utama, Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan / Norisah Man. [Student Project] (Unpublished)
Abstract

Rancangan penempatan semula setinggan merupakan sebuah rancangan perumahan yang menempatkan semula penduduk setinggan. Justeru itu, sudah pastinya terdapat kekurangan dan juga kelebihan rancangan penempatan tersebut dari pelbagai sudut samada sosio-ekonomi, sosial mahupun kemudahan yang disediakan. Kajian akhir ini adalah berkaitan dengan kerberkesanan dan kejayaan rancangan penempatan semula setinggan di Taman Petaling Utama, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Bagi memahami permasalahan dan isu yang timbul, beberapa perkara perlu dikenalpasti terlebih dahulu seperti tahap sosio-ekonomi penghuni kawasan tersebut, aliran perubahan kehidupan penghuni dari kawasan setinggan ke penempatan semula dari segi keselesaan perumahan, kemudahan yang disediakan dan juga keselesaan mereka, pemakaian dasar dan piawaian perancangan disertakan dengan mengkaji beberapa ciri seperti aspek kemudahsampaian dan jarak kemudahan yang disediakan. Kajian ini dijalankan dengan merujuk kepada sumber-sumber primer dan sekunder. Soal selidik dan juga pengamatan turut dijalankan ke atas sampel penduduk di kawasan kajian. Daripada kajian yang dijalankan, didapati kebanyakan masalah berpunca daripada faktor kemudahsampaian dan juga penyediaan kemudahan dan juga corak pergaulan sosial yang terdapat di kawasan kajian. Babarapa cadangan telah dicadangkan bagi menyelesaikan dan juga meringankan masalah yang dihadapi oleh mereka.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 70656.pdf]
Text
70656.pdf
Download (84kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Koleksi Akses Terhad | PTAR Utama | Shah Alam
Item Status
On Shelf
Indexing & Metrics