Kajian penyediaan pusat perkhidmatan di Gombak Kuala Lumpur / Mazwani Mohamed

Mohamed, Mazwani (1999) Kajian penyediaan pusat perkhidmatan di Gombak Kuala Lumpur / Mazwani Mohamed. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Kawasan pusat bagi sesuatu petempatan adalah penting dirancang dengan baik dan sempurna. Ini kerana sebuah pusat menjadi titik tumpuan penduduk. Manusia mempunyai kehendak yang pelbagai bagi memenuhi keperluan di kawasan perkhidmatan agar ianya dapat memuaskan kehidupan harian. Pembangunan serta kemajuan sesebuah pusat perkhidmatan ini adalah penting sebagai sumber tarikan bagi penduduk yang berhampiran dengan kawasan sesebuah pusat petempatan. Aktiviti perniagaan yang dijalankan menjadi salah satu sumber tarikan di mana masyarakat umum pada dasarnya lebih berminat ke arah aktiviti ekonomi yang pelbagai di mana pilihan banyak dapat dilakukan. Pusat perkhidmatan merupakan salah satu pusat bagi penumpuan penduduk dalam kawasan tadahan satu unit kejiranan. Pusat perkhidmatan ini juga merupakan satu hierarki yang telah umumnya dikenali sebagai pusat petempatan kecil. Kawasan tadahan terbentuk hasil daripada keperluan penduduk yang memerlukan barangan serta perkhidmatan yang mana kemampuan penduduk untuk sampai ke kawasan pusat perkhidmatan. Kajian yang dijalankan ini adalah mengenai penyediaan pusat perkhidmatan. Kajian ini adalah untuk mengetahui perkembangannya dan mengenalpasti pemakaian gunatanah pembangunan serta keadaan fizikal yang menyentuh kepada aspek dan aktivti pemiagaan yang diusahakan. Akhir sekali mengemukakan cadangan-cadangan yang dapat membentuk semula pembangunan di kawasan kajian berdasarkan kepada masalah-masalah yang telah timbul dan menjadikannya sebagai sebuah pusat perkhidmatan yang dapat menjalankan perkhidmatannya dengan berjaya dan dapat dijadikan sebagai satu model kepada pusat-pusat perkhidmatan yang lain di sekitarnya. Kemajuan yang dicapai akan dilihat dimana pembentukan pembangunan yang berlaku akan mengubah corak pusat perkhidmatan yang sediada. Oleh yang demikian kawasan pusat penyediaan pusat perkhidmatan ini seharusnya berada ditahap yang baik dan perlu kepada pembangunan yang ditetapkan terhadap kawasan sekitar. Pada keseluruhannya, kajian akhir ini dihasilkan untuk membentuk semula pusat perkhidmatan yang telah wujud lama di kawasan Gombak dan menjadikannya sebuah pusat perkhidmatan dan menjadi titik tumpuan masyarakat disekelilingnya.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohamed, Mazwani
UNSPECIFIED
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Hamdan, Hazlina
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races > Urbanization. City and country > Malaysia
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Programme: Diploma Perancangan Bandar dan Wilayah
Keywords: Pusat Perkhidmatan, kemudahan perniagaan, pembentukan pembangunan
Date: 1999
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/70650
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 70650.pdf] Text
70650.pdf

Download (151kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

70650

Indexing

Statistic

Statistic details