Adat perkahwinan Melayu cadangan membuat alat kelengkapannya dari seramik (satu teori) / Rohaya Yaacob

Yaacob, Rohaya (1993) Adat perkahwinan Melayu cadangan membuat alat kelengkapannya dari seramik (satu teori) / Rohaya Yaacob. [Student Project] (Unpublished)
Abstract

Setiap bangsa mempunyai adat dan tatasusilanya yang tersendiri. Daripada adat inilah terbentuknya peraturan dan perundangan dalam hidup. Begitu juga dengan orang Melayu di semenanjung yang sudah pasti mempunyai istiadatnya yang tersendiri. Dari kecil lagi mereka telah dilingkungi adat istiadat yang mana akan membentuk corak hidup mereka pada masa akan datang. Orang Melayu memang terkenal kepatuhan mereka kepada adat sehingga terciptanya peribahasa Melayu yang melambangkan peribadi mereka iaitu "Biar mati.anak jangan mati adat". Beginilah kedudukan pegangan orang Melayu kepada adat. Adat pada mereka seumpama "Isi dengan kuku", iaitu seiring sejalan sejak mula mereka dilahirkan hingga mereka ke liang lahad. Perkahwinan ialah salah satu daripada pecahan adat-adat yang lahir di kalangan masyarakat Melayu. Ia adalah satu istiadat yang mesti ditempuhi oleh setiap individu masyarakat Melayu, tapi terpulang kepada keadaan di sekelilingnya. Cara-cara mempraktikkan adat ini adalah mengikut tradisi lama (kepercayaan anamisme), iaitu mengikut nenek moyang serta pengaruh luar.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 70507.pdf]
Text
70507.pdf
Download (98kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Koleksi Akses Terhad | PTAR Utama | Shah Alam
Item Status
On Shelf
Indexing & Metrics