Implikasi kemungkiran pertunangan / Hazlina Mohd Padil and Noorsaliza Amin Nudin

Mohd Padil, Hazlina and Amin Nudin, Noorsaliza (2022) Implikasi kemungkiran pertunangan / Hazlina Mohd Padil and Noorsaliza Amin Nudin. Bulletin. UiTM Cawangan Negeri Sembilan.

Abstract

Bertunang merupakan antara langkah awal yang diambil oleh bakal suami dan bakal isteri sebelum memeterai pernikahan mereka melalui suatu akad. Perikatan pertunangan yang selalunya disaksikan oleh keluarga kedua-dua belah pihak ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di antara mereka selain sebagai suatu hebahan kepada masyarakat mengenai hasrat kedua-dua pihak lelaki dan perempuan untuk berkahwin. Pertunangan merupakan suatu perjanjian di antara lelaki dan perempuan yang berkapasiti memasuki sesuatu kontrak perkahwinan. Oleh itu, apabila berlaku pertunangan adalah haram bagi pihak lain yang berhasrat untuk meminang perempuan itu meneruskan peminangannya kerana ianya akan dianggap menceroboh hak peminang yang pertama. Begitu juga adalah haram bagi perempuan yang telah menerima pinangan untuk menerima pinangan yang kedua melainkan pertunangan yang pertama telah dibatalkan atau ditolak. Oleh itu, ianya jelas menunjukkan bahawa apabila satu pasangan telah bertunang, mereka terikat dengan perjanjian.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Padil, Hazlina
UNSPECIFIED
Amin Nudin, Noorsaliza
UNSPECIFIED
Subjects: A General Works > AP Periodicals
H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > The family. Marriage. Home
P Language and Literature > PN Literature (General)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus
Journal or Publication Title: JUU LEX READ
ISSN: 2811-3462
Keywords: pertunangan, perempuan, berkahwin
Date: November 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/70493
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 70493.pdf] Text
70493.pdf

Download (3MB)

ID Number

70493

Indexing

Statistic

Statistic details