Peranan Jabatan Penerangan Malaysia di bidang media cetak / Ahmad Fauzi Nee

Nee, Ahmad Fauzi (1993) Peranan Jabatan Penerangan Malaysia di bidang media cetak / Ahmad Fauzi Nee. [Student Project] (Unpublished)
Abstract

Di bahagian pengenalan telah diterangkan latarbelakang Jabatan Penerangan. Ini termasuklah dari segi penubuhannya, fungsi asas di samping itu juea, kemudahan perkhidmatan yang disediakan di jabatan ini. Umumnya, Jabatan Penerangan adalah merupakan jentera kerajaan yang berperanan mewujudkan satu pertukaran penerangan dua hala antara kerajaan clan rakyat. Selah satu cara dalam menyampaikan sesuatu dasar dan rancangan kerajaan ini ialah dengan melalui penggunaan media cetak. Ianya lebih berkesan daripada media rnassa yang lain kerana faktor-faktornya yang tersendiri. Di sarnping itu juga berbagai peningkatan dapat dilihat pada hari ini umparnanya dalam rnembentuk ke arah perpaduan, pendidikan dan lain-lain kepada orang ramai. Namun terdapat sesetengah pihak yang berasa tidak berpuas hati dengan hasil cetakan yang telah di terbitkan oleh Jabatan Penerangan. Seiring dengan itu, satu kajian telah dijalankan ke atas masyarakat untuk mengetahui sejauh rnanakah keberkesanannya dalam menjalankan tugas. Selain daripada itu, terdapatnya masalah yang dihadapi oleh jabatan ini dalam menghasilkan seuatu cetakan. Ini adalah kerana Jabatan Penerangan terletak di bawah Kementerian Penerangan dan segala corak dan hasil sesuatu cetakan itu terikat dengan syarat-syaratnya yang telah ditetapkan. Untuk mengatasinya, beberapa saranan dan cadangan telah diutarakan. Dengan demikian diharapkan pihak Jabatan Penerangan dapat membuat pcmbaharuan dan meningkatkan lagi dalam menghasilkan cetakan yang lebih berkualiti di masa hadapan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 70466.pdf]
Text
70466.pdf
Download (278kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Koleksi Akses Terhad | PTAR Utama | Shah Alam
Item Status
On Shelf
Indexing & Metrics