Gangguan seksual terhadap wanita: undang-undang dan mangsa / Hazlina Mohd Padil

Mohd Padil, Hazlina (2022) Gangguan seksual terhadap wanita: undang-undang dan mangsa / Hazlina Mohd Padil. Bulletin. UiTM Cawangan Negeri Sembilan.

Abstract

Gangguan seksual merupakan satu bentuk gangguan yang selalunya dilakukan terhadap wanita dan ianya merupakan gangguan secara fzikal, lisan, isyarat, visual atau psikologi. Apa yang dikategorikan sebagai gangguan seksual tidak dijelaskan secara menyeluruh di dalam ma-na-mana undang-undang. Gangguan seksual boleh berlaku di mana sahaja seperti di kolam renang di mana perenang atau pengguna kolam renang diganggu kerana berpa-kaian renang. Usikan menggunakan perkataan seperti “seksi",” darling",” bot" juga boleh menjadi gangguan seksual kepada mangsa. Desakan, rayuan atau apa-apa komunikasi yang berulang-ulang sehingga mangsa berasa tidak selesa juga boleh dikatakan gangguan seksual. Maksud 'gangguan seksual' terlalu subjektif kerana ianya bergantung kepada bentuk gangguan itu sendiri. Pelaku gangguan seksual mungkin merasakan perbuatannya adalah gurauan, namun sebaliknya ia adalah merupakan gangguan seksual kepada mangsa. Apabila mangsa berasa tidak selesa dengan usikan seksual oleh pelaku di sinilah ber-mulanya gangguan seksual. Walau bagaimana-pun tiada undang-undang jelas mengenai apa itu gangguan seksual. Pada masa ini hanya terdapat beberapa peruntukan di dalam akta tertentu yang menyentuh perkara meliputi gangguan seksual tetapi bukan akta gangguan seksual secara menyeluruh.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Padil, Hazlina
UNSPECIFIED
Subjects: A General Works > AP Periodicals
K Law > K Law in general. Comparative and uniform law. Jurisprudence > Law enforcement
P Language and Literature > PN Literature (General)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Seremban Campus
Journal or Publication Title: JUU LEX READ
ISSN: 2811-3462
Keywords: gangguan seksual, wanita, undang-undang
Date: October 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/70454
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 70454.pdf] Text
70454.pdf

Download (798kB)

ID Number

70454

Indexing

Statistic

Statistic details