Audit keselamatan kebakaran di Stadium Sultan Mizan Zainal Abedin / Mohd Hazreen Manap

Manap, Mohd Hazreen (2009) Audit keselamatan kebakaran di Stadium Sultan Mizan Zainal Abedin / Mohd Hazreen Manap. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Abstract

Penulisan serta kajian disertasi membincangkan tentang audit keselamatan kebakaran pada Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dimana stadium ini merupakan stadium yang baru dibina serta telah digunakan oleh pengguna. Antara lain, penulisan ini turut membincangkan tentang punca-punca masalah atau ruang-ruang (loop hole) yang boleh menyebabkan berlakunya kemalangan yang disebabkan oleh kebakaran di kawasan berkepadatan tinggi seperti stadium, mengenalpasti kaedah dan sistem yang digunakan dalam pengurusan kesesakan, mencadangkan kaedah atau penambahbaikkan yang efisyen kepada sistem sedia ada. Hasil kajian ini adalah berpandukan pengalaman tambahan yang dilalui sepanjang menjalani latihan praktikal selama 3 bulan di Jabatan Kerja Raya Terengganu. Disertasi ini dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti yang telah ditetapkan mengikut kepentingan bahagian itu masing-masing. Sepanjang pemerhatian, kajian serta analisa yang dijalankan semasa berada di tapak, didapati bahawa keselamatan kebakaran merupakan perkara paling penting dalam mencorak sesebuah bangunan serta mampu meminimumkan kadar kemalangan serta kematian di dalam sesebuah bangunan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 70357.pdf]
Text
70357.pdf
Download (132kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Koleksi Akses Terhad | PTAR Utama | Shah Alam
Item Status
On Shelf
Indexing & Metrics