Kajian mengenal pasti penggunaan alat bantuan berkomputer di kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah di daerah Muar / Haslina Busri

Busri, Haslina (2000) Kajian mengenal pasti penggunaan alat bantuan berkomputer di kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah di daerah Muar / Haslina Busri. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Abstract

Daerah Muar merupakan sebuah daerah yang sedang membangun dan maju dari segi kehidupan dan infrastrukturnya. Terdapat pelbagai bangsa, agama dan kedudukan di dalamnya. Pembangunan dan kemajuan yang melanda mewujudkan rangkaian pendidikan kepada generasi muda dalam kehidupan yang serba mencabar ini. Pada pendapat penulis, masyarakat masih lagi keliru dengan teknologi maklumat. Ini berikutan masyarakat mempunyai tanggapan yang terlalu luas berhubung dengan teknologi maklumat sehingga menjadikan seolah-olah teknologi ini sebagai jawapan untuk menyelesaikan semua masalah. Sedangkan pada hakikatnya, teknologi maklumat hanya sekadar alat yang masih lagi bergantung kepada manusia untuk menggerakkannnya. Kita sememangnya tidak dapat menafikan potensi besar yang ada pada teknologi maklumat. Namun, kita semua perlu ingat bahawa teknologi ini tidak akan bermanfaat sekiranya tidak digunakan dengan bijaksana. Jika teknologi ini disalahgunakan, maka yang menerima padahnya adalah masyarakat itu sendiri. Senario di peringkat global memperlihatkan bagaimana negara-negara maju mendominasi perkembangan teknologi maklumat ini. Justeru, keadaan ini mewujudkan senario yang tidak seimbang kerana negara-negara membangun akan kekal sebagai pengguna dan negara-negara maju tetap teguh sebagai pemimpin dalam bidang ini. Justeru di peringkat tempatan, penulis berharap agar senario ini dapat dielakkan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 70327.pdf]
Text
70327.pdf
Download (152kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Koleksi Akses Terhad | PTAR Utama | Shah Alam
Item Status
On Shelf
Indexing & Metrics