Di negara-negara maju seperti Jepun dan Korea, penutup lurang untuk kawasan bandar diperbuat dengan begitu kreatif. Contoh; penutup lurang untuk sekolah mempunyai logo sekolah serta lukisan berwarna-warni yang kreatif. Kesenian ini merupakan sebahagian daripada elemen perabot jalanan (street furniture) selain daripada tiang-tiang lampu, bollard, kerusi batu, papan tanda atau dinding bergrafiti (graffiti wall). Penutup lurang bagi kawasan umum yang diperbuat dari logam menjadi sasaran kecurian untuk dijual di pasaran barangan lusuh. Gejala negatif seperti ini, biasanya wujud di bandar atau tempat-tempat yang penduduknya bermasalah serta tidak dapat memelihara nilai-nilai murni kehidupan bermasyarakat. Kami mencadangkan satu idea kreatif yang belum lagi diwujudkan iaitu Penutup Lurang Berslogan. Slogan yang dimaksudkan ialah mutiara kata berkisar kepada peribahasa Melayu terpilih seperti "Bulat air kerana pembentung" Peribahasa ini diinkripsi pada penutup lurang. Kaedah ini secara tidak langsung dapat mengembalikan kelestarian warisan kebudayaan masyarakat Malaysia agar lebih difahami serta dihayati terutamanya oleh generasi muda.
70304.pdf
