Inovasi pembangunan kemudahan sistem pengurusan perpustakaan / Mohamad Syazwan Alif … [et al.]

Alif, Mohamad Syazwan and Shafie, Mohamad Syazwan and Abd Hamid, Mohd Fikri and Mohamad Fadzil, Mohamad Aizat and Alias, Syahidah (2012) Inovasi pembangunan kemudahan sistem pengurusan perpustakaan / Mohamad Syazwan Alif … [et al.]. In: RIID 2012: Innovation For Sustainable Growth. Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri, UiTM Melaka, Alor Gajah, Melaka. ISBN 9789671135440 (Submitted)
Abstract

Perpustakaan awam lazim mempunyai sistem peminjaman dan pemulangan buku secara manual kerana anggapan proses tersebut adalah mudah. Namun, walaupun proses tersebut adalah mudah, bilangan buku yang banyak menyukarkan dan mengambil masa yang lama untuk melaksanakan proses tersebut. Tambahan pula, taburan pengguna yang luas juga menyebabkan kemudahan perpustakaan kurang digunakan. Kemudahan Sistem Pengurusan Perpustakaan dibangunkan secara atas talian memudahkan pengguna dalam taburan yang luas untuk mencapai carian buku dalam Perpustakaan Awan Cawangan Jengka tanpa perlu hadir ke perpustakaan tersebut. Peminjaman dan pemulangan dilaksanakan menggunakan Kemudahan Sistem Pengurusan Perpustakaan di perpustakaan. Kemu¬dahan sistem tersebut juga membantu pihak pengurusan mengesan buku yang dipinjam terlalu lama untuk pengiraan denda kepada pengguna bagi mendisiplinkan pengguna dalam peminjaman dan pemulangan buku di perpustakaan awam.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of Abstract only]
Text (Abstract only)
70254.pdf
Download (2MB)
Indexing & Metrics