Alat pemarut kelapa mudah alih / Khatijah Ramin

Ramin, Khatijah (2005) Alat pemarut kelapa mudah alih / Khatijah Ramin. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Sejak dari dahulu lagi, buah kelapa menjadi salah satu sumber yang pelbagai dalam kehidupan manusia. Saleh satu contohnya ialah, isi buah kelapa yang diparut dan dijadikan pati cecair santan, digunakan sebagai salah satu ramuan untuk menyedapkan lagi rasa makanan. Meskipun pada masa kini telah terdapat santan dalam bentuk serbuk, ianya tidak menghalang pengguna untuk terus menggunakan santan cecair yang diproses secara manual, ini kerana pengguna mengutamakan rasa yang asli dalam makanan mereka. Seisin daripada itu, pati santan yang diperolehi daripada buah kelapa segar lebih sedap rasanya berbanding santan dalam bentuk serbuk. Pada masa kini telah banyak alat pemarut kelapa yang dijual. Namun begitu, alat yang sedia ada masih belum dapat membantu pengguna ketika melakukan kerja memarut kelapa. Apabila hal ini bertaku, ia sekaligus akan melambatkan gerak kerja pengguna tersebut. Malah jika diperhatikan alat yang ada kurang selamat dan berisiko untuk mencederakan pengguna. Oleh yang demikian saya mengambil inisiatif merekabentuk rekaan terbaru untuk mengatasi masalah yang dihadapi pengguna. Kajian kes saya tertumpu kepada golongan utama iaitu surirumah, golongan yang kedua ialah pemilik kedai runcit yang menyediakan khidmat memarut kelapa. Manakala golongan yang terakhir adalah umum, remaja berumur 12 tahun keatas. Melalui kaedah penyefidikan iaitu solselidik, saya mendapati ketiga-tiga golongan responden tadi memberikan reaksi yang sama iaitu, kurang berpuas hati dengan alat pemarut kelapa yang sedia ada, berikutan ramai yang mengatakan alat tersebut kurang selamat, rekabentuk yang tidak menarik, susah untuk dikendalikai, bunyi yang bising, dan saiz yang tertalu besar. Majoriti responden bersetuju sekiranya rekabentuk alat pemarut kelapa ini dimodenkan rekaannya. Melalui kaedah temubual yang dijalankan, didapati ramai responden mempunyai masalah yang sama seperti diatas. Mereka juga bersetuju sekiranya rekaan untuk alat ini di perbaharui memandangkan alat ini agak panting dalam kehidupan mereka. Berdasarkan masalah yang telah dikenalpasti, beberapa cadangan rekaan akan diketengahkan sebagai satu langkah untuk menyelesaikan masalah yang ada. Cadangan untuk merekabentuk 'Handy Coconut Grater' ini akan membantu para pengguna. Kesimpulannya, rekabentuk alat pemarut kelapa yang dimodenkan ini akan memudahkan pengguna, disamping mengutamakan keselamatan pengguna, tidak hanya mementingkan fungsi semata-mata, tetapi disamping berfungsi dengan baik alat tersebut juga mempunyai rekabentuk yang menarik.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ramin, Khatijah
2002275933
Subjects: T Technology > T Technology (General) > Technological change
T Technology > T Technology (General) > Technological change > Technological innovations
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus > Faculty of Art and Design
Programme: Diploma Seni Lukis dan Seni Reka
Keywords: Alat pemarut kelapa, mudah alih, makanan, Malaysia
Date: 2005
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/69947
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 69947.pdf] Text
69947.pdf

Download (257kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
Processing

ID Number

69947

Indexing

Statistic

Statistic details