Beg mendukung bayi bersama alat urut / Sharifah Sharkiah Said Seliman

Said Seliman, Sharifah Sharkiah (2005) Beg mendukung bayi bersama alat urut / Sharifah Sharkiah Said Seliman. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Sektor perindustrian adalah di antara salah satu sektor terbesar yang telah menyumbangkan sumbangan ke atas pendapatan negara dan pertumbuhan ekonomi negara. Perindustrian adalah suatu ayat yang merangkumi segala aspek. Tidak kira samada dari aspek import dan ekport ataupun teknologi. Di dalam setiap aspek itu juga ada terdapat aktiviti perindustrian yang dipertukan untuk memasarkan apa yang telah di cipta atau direka serta membeli apa yang dipasarkan dan yang telah ada di pasaran. Sektor perindustrian juga lebih sinonim sekiranya dikait rapatkan dengan pemasaran. Tidak kira samada pemasaran tersebut di dalam ataupun luar negara. Terdapatnya pelabur asing yang membuat pelaburan di dalam negara kita juga telah menunjukkan satu kenaikan taraf ekonomi daripada sektor perindustrian. Sebagai contoh syarikat Tesco, Carefour, Makro dan banyak lagi. Mereka sanggup menanggung risiko kerugian dalam percubaan menceburkan diri mereka dalam ekonomi pelaburan di negara kita. Seperti yang kita ketahui, manusia masa kini hidup dengan mengadaptasikan kehidupan barat ke dalam kehidupan seharian mereka, dan ini juga bermakna mereka berkeinginan untuk menjadikan diri mereka salah satu yang terbaik dan mempunyai kehidupan yang bertaraf tinggi. Oleh yang demikian penyelidik telah mereka sebuah alat mendukung bayi yang boleh membantu para ibu bapa sekarang dalam mengubah cara hidup mereka di mana, kualiti, warna dan bahan amat dititik beratkan sebagai satu tambahan nilai yang pertu di ambil berat. Dari kajian yang telah dijalankan, apa yang didapati adalah sekarang ini bukan jenama yang dipandang tetapi adalah kualiti barangan tersebut yang dipandang. lni kerana kerajaan telah menjalankan kempen lnflasi sitar semasa kegawatan ekonomi sembilan tahun yang lalu. Di mana kerajaan telah menggalakkan rakyat Malaysia membeli barangan buatan sendiri dan bukannya barangan yang di import. Dari situ penyelidik dapati ianya telah banyak membantu pihak-pihak yang berkenaan dengan perindustrian Malaysia dan para pereka Malaysia untuk terus membangun. Dari sektor perindustrian juga Negara dapat dibantu ketika gawat serta ia membaik pulihkan nilai ringgit wang Malaysia.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Said Seliman, Sharifah Sharkiah
2002131535
Subjects: T Technology > T Technology (General) > Technological change
T Technology > T Technology (General) > Technological change > Technological innovations
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus > Faculty of Art and Design
Programme: Diploma Seni Lukis dan Seni Reka
Keywords: Beg, bayi, alat urut, teknologi
Date: 2005
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/69904
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 69904.pdf] Text
69904.pdf

Download (187kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
Processing

ID Number

69904

Indexing

Statistic

Statistic details