Wadah SIG mengimbau perjalanan webinar greenfit: fitness improvement for nature activities / Ahmad Zaimi Mohd Zawawi ... [et al.]

Mohd Zawawi, Ahmad Zaimi and Ramli, Nur Hasyimah and Zakaria, Sarah Shazwani and Rusli, Lili Syahani and Abdul Rahim, Nursyazni and Osman, Nur Azimah (2022) Wadah SIG mengimbau perjalanan webinar greenfit: fitness improvement for nature activities / Ahmad Zaimi Mohd Zawawi ... [et al.]. Epitome of Nature (EON). ISSN 2773-5869
Abstract

Pada Jumaat 15 julai 2022, tepat pukul 9.00 pagi, telah diadakan sebuah webinar bertajuk “Greenfit: Fitness Improvement for Nature Activities” secara maya bertempat di UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Kuala Pilah. Tujuan utama webinar ini diadakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan peserta mengenai kepentingan bersenam, teknik senaman yang sesuai serta menggalakkan penglibatan semua untuk bersenam dan menjaga kesihatan. Ia secara tidak langsung akan meningkatkan kesedaran peserta mengenai kepentingan alam semulajadi yang seimbang dan fungsinya kepada manusia (nilai estetik). Webinar ini telah disampaikan oleh Dr. Nursyuhada Binti Mohd Sukri, Ketua Jabatan Sukan Berprestasi Tinggi, Akademi Kecergasan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dan dimoderasi oleh Puan Sarah Shazwani Binti Zakaria, pensyarah Universiti Teknologi MARA yang juga ahli kumpulan Special Interest Group (SIG) Econatrea. Webinar ini telah disertai oleh staf dan pelajar UiTM dan telah mendapat sambutan yang memberangsangkan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 69900.pdf]
Text
69900.pdf
Download (3MB)
Indexing & Metrics