Reka bentuk sejagat di dalam kawasan taman awam, Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur / Lukman Hakim Lias

Lias, Lukman Hakim (2012) Reka bentuk sejagat di dalam kawasan taman awam, Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur / Lukman Hakim Lias. [Student Project] (Unpublished)
Abstract

Kawasan rekreasi Taman Tasik Titiwangsa merupakan sebuah kawasan rekreasi yang terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur. Kawasan rekreasi ini merupakan pusat tumpuan semua masyarakat. Oleh yang demikian, kawasan ini memerlukan perancangan dan pembangunan yang baik. Demi untuk merancang pembangunan yang baik, kajian mengenai pembangunan reka bentuk sejagat telah dijalankan di dalam kawasan kajian. Dalam memastikan, kajian teoritikal telah dijalankan untuk mengenai pasti beberapa ciri-ciri yang diperlukan untuk mencapai matlamat kajian. Seterusnya mengenai pasti masalah yang terdapat di dalam kawasan taman. Di dalam mengenai pasti masalah di dalam kawasan taman beberapa kaedah digunakan seperti soal selidik, temubual, dan pengamatan. Setelah soal selidik, pengamatan dan temubual dijalankan, seterusnya melakukan kerja-kerja analisis. Kerja-kerja analisis ini dijalankan adalah untuk mengenai pasti isu-isu utama yang terdapat di dalam kawasan kajian. Setelah mendapatkan isu-isu semasa di kawasan kajian, seterusnya membentuk cadangan-cadangan yang dapat menyelesaikan masalah yang terdapat di dalam kawasan kajian berdasarkan kepada kajian teoritikal yang telah dijalankan. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mewujudkan satu kawasan rekreasi yang mengamalkan konsep-konsep reka bentuk sejagat yang dapat memberi kemudahan dan keselesaan kepada seluruh masyarakat.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 69780.pdf]
Text
69780.pdf
Download (152kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Koleksi Akses Terhad | PTAR Utama | Shah Alam
Item Status
On Shelf
Indexing & Metrics