InCeS : pembelajaran berasaskan permainan / Azlina Mohd Mydin ... [et al.]

Mohd Mydin, Azlina Mohd Mydin and Abu Mansor, Siti Nurleena and Wan Mohammad, Wan Anisha and Omar, Mahanim and Kechil, Rafizah and Saad, Siti Mariam (2021) InCeS : pembelajaran berasaskan permainan / Azlina Mohd Mydin ... [et al.]. Implication Of Students’ Performance And Obstacles Through Open Distance Learning (Odl) Teaching Methods During Movement Control Orders (Mco), Covid-19, 2. pp. 45-53. ISSN 978-967-25608-0-7
Abstract

Senaman adalah aktiviti yang memberi manfaat bukan sahaja kepada kesihatan fizikal, malah kesihatan mental juga. Pelbagai jenis senaman boleh diamalkan seperti berlari, berjalan, mendaki gunung, berbasikal, areobik, dan sebagainya. Namun, dalam kesibukan harian dan kesuntukan masa, aktiviti seperti ini tidak dapat dilakukan. Ini akan menjurus kepada gangguan kesihatan dan juga tekanan yang pastinya menjejaskan kualiti kesihatan diri. Oleh itu, Infiniti Cergas Sihat (InCeS) merupakan satu inovasi permainan di mana aktiviti senaman ringan digabungkan dan disusun seperti permainan papan (board games). InCeS direka sebagai satu permainan unik yang melibatkan aktiviti gerakan senaman ringan dalam suasana yang menarik dan menyeronokkan. Permainan InCeS ini bukan sahaja melibatkan pergerakan fizikal, malah permainan ini turut menerapkan kemahiran jual beli, sewa, gadaian petak dan penetuan keputusan. InCeS juga boleh digunakan sebagai salah satu alat manipulatif pembelajaran bagi pelajar pendidikan khas di sekolah.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 69771.pdf]
Text
69771.pdf
Download (442kB)
Indexing & Metrics